Suka atau tidak, semua orang kena menerima hakikat bahawa kehadiran Tun Mahathir dikalangan puak Pakatan Haprak tu hari ini tidak seperti mana yang mereka harap - harapkan.
Kalau dulu, kehadiran Si Ketua Penipu tu dianggap sebagai Anugerah Tuhan buat puak Pakatan Haprak apabila dia didakwa berjaya menyatukan parti pembangkang yang ada di Malaysia.
Kata mereka, Si Ketua Penipu tu sebelum ini berjaya menggabungkan PAS dengan DAPigs yang secara umumnya mengetahui bahawa kedua - dua parti itu sering bercanggah ideologi Politiknya.
Namun, sejak Si Ketua Penipu tu disumbat ke dalam penjara, macam - macam musibah mula menimpa gabungan Pakatan Haprak yang disatukan oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini.
Makanya, puak Pakatan Haprak tu kini mula bergantung harap kepada Tun Mahathir dapat menjadi Penyelamat menggantikan Si Ketua Penipu tu menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Harapan mereka, dengan kehadiran Tun, gabungan Pakatan Haprak tu menjangkakan bahawa mereka akan dapat menarik perhatian dan meraih undi dari kalangan orang Melayu.
Tapi malangnya, kehadiran Tun Mahathir itu tidak disenangi oleh ahli serta pemimpin - pemimpin Pakatan Haprak. Terutama sekali dikalangan pengikut - pengikut PKR secara terbuka.
Nak pulak apabila pucuk pimpinan PKR membuat keputusan bersetuju mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan Haprak. Ianya berjaya menambah kekecewaan para pengikut parti tersebut.
Dan yang terbaru, 70 orang pengikut PKR bertindak keluar parti kerana mereka hilang keyakinan terhadap dasar perjuangan pucuk pimpinan parti yang hanya mementingkan diri sendiri.
Soalnya, adakah kehadiran Tun Mahathir ini dilihat sebagai satu katalis kepada perpaduan dikalangan puak Pakatan Haprak tu? ATAU, adakah kehadiran bekas Perdana Menteri itu hanya bertujuan untuk memecah-belahkan PKR yang sememangnya sedang menunggu hari untuk ditalkinkan?
Sumber asal: TUN MAHATHIR, RAHMAT ATAU LAKNAT BUAT PKR???
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment