SIAPAPUN PIMPIN PAKATAN, DAP JUGA YANG UNTUNG…

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 11 January 2018

SIAPAPUN PIMPIN PAKATAN, DAP JUGA YANG UNTUNG….
PAS menyifatkan keputusan terbaru pembahagian kerusi Parlimen antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) hanya memberi kelebihan dan keuntungan kepada DAP.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata walaupun di atas kertas menyaksikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapat agihan jumlah kerusi terbanyak namun hakikatnya DAP yang akan untung.

“Saya rasa ia di luar kemampuan PPBM untuk memenangi kesemua 52 kerusi yang akan ditandingi, sebaliknya untuk kalah itu besar dan akhirnya DAP juga yang akan dominan kerana mereka mempunyai pengundi tersendiri selain memiliki kerusi tradisi (potensi menang),” katanya.

Beliau berkata cara pembahagian kerusi tersebut mungkin strategi untuk meraih sokongan daripada pengundi Melayu dan seolah-olah menunjukkan bahawa DAP tidak dominan dalam PH.

Pakatan Harapan semalam mengumumkan pengagihan kerusi Parlimen akan ditandingi parti komponen itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) iaitu PPBM (52) , Parti Keadilan Rakyat (PKR) (51) DAP (35) dan Parti Amanah Negara (Amanah) (27), keseluruhannya 165 kerusi di Semenanjung Malaysia.

Berhubung langkah PH menamakan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika pakatan itu memenangi PRU14, Mohd Amar berkata ia mencerminkan PH ketandusan calon yang berwibawa.

Beliau berkata strategi PH itu tidak akan menggugat kedudukan PAS dalam menghadapi PRU14 malah pertandingan tiga penjuru di sesetengah kawasan dianggap akan memberi kelebihan kepada PAS.

Sumber asal: SIAPAPUN PIMPIN PAKATAN, DAP JUGA YANG UNTUNG…

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment