PRU14: Walau di mana pun, Anwar akan bawa masalah pada BN

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 11 January 2018

PRU14: Walau di mana pun, Anwar akan bawa masalah pada BN.
Aura Anwar Ibrahim, tidak siapa boleh nafikan. Beliau di 'dalam' pun akan bermasalah, di luar pun akan bawa masalah lagi besar. 

PRU14: Jangan sampai Anwar bebas
HASLINA KAMALUDIN  -  10 JANUARI 2018
SHAH ALAM - PRU14 perlu diadakan sebelum pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun hadapan.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, tarikh PRU14 perlu diadakan sebelum Ramadan.

"Kebiasaannya, pilihan raya umum diadakan pada hari Sabtu. Jadi, tarikh terakhir untuk PRU14 adalah 12 Mei 2018.

"Cuma.... jangan sampai Anwar bebas. Nanti bermasalah.

"Betul, beliau memang tak boleh bertanding, tapi semua tahu bagaimana cara beliau berkempen," katanya ketika menjadi tetamu bagi program FB Live Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, semasa PRU13 dulu, Anwar juga tak boleh bertanding tapi, mampu berkempen ke 12 lokasi dalam masa sehari.

"Itu sebab saya kata, Anwar bertanding bermasalah, tak bertanding pun masalah. Sama juga juga kalau beliau bebas masalah, tak bebas pun masalah.

"Pembubaran Parlimen boleh dibuat pada bulan April memandangkan tarikh akhir persidangan Dewan Rakyat adalah pada 4 April.

"Kalau Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak juga mengumumkan dan hanya membiarkan Parlimen terbubar sendiri, bermakna pilihan raya akan diadakan selepas hari raya Aidilfitri.

"Jangkaan saya 12 Mei itu hanya berdasarkan jika Najib bubar pada akhir Parlimen.

"Pilihan raya umum tidak dibuat pada musim banjir kerana ia melibatkan logistik yang besar, begitu juga tidak diadakan pada musim cuti sekolah kerana kemudahan lain sudah ada, tak perlu sekolah lagi," jelasnya.

Sumber asal: PRU14: Walau di mana pun, Anwar akan bawa masalah pada BN

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment