"Jika Rafizi Ramli masuk reformasi pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, pasti parut di kepalanya akan lebih banyak lagi".
Itulah yang dikatakan oleh Presiden Pertubuhan Anak Perak, Faizal Lentin yang menganggap Naib Presiden itu hanya berani munculkan diri pada zaman Datuk Seri Najib Tun Razak, dan bukan pada zaman Tun Mahathir.
"Pada zaman Tun Mahathir, kami pun tidak kenal siapa Rafizi. Dia hanya berani pada zaman Najib kerana dia tahu Perdana Menteri itu bukan seorang pemimpin yang menangkap, sepak terajang reformis dan minta polis untuk masukkan mereka dalam penjara.
"Tapi...kalau Rafizi masuk reformasi zaman Tun Mahathir, confirm parut di kepala dia akan lebih banyak lagi," katanya sambil menunjukkan parut di kepalanya akibat daripada gerakan reformasi yang pernah disertai suatu ketika dahulu.
Faizal yang mempunyai parut di kepala menyifatkan ia sebagai bukti kezaliman Tun Mahathir kerana ingin menghalang demostrasi yang diadakan oleh rakyat termasuk mahasiswa ketika beliau memimpin negara, yang ternyata jauh berbeza dengan zaman Najib.
"Luka boleh hilang, tqpi parut di kepala ada lagi. Ini kesan kezaliman Tun Mahathir. Bukan Tun Mahathir pukul, tapi bila kita buat demostrasi, walaupun mahasiswa yang sertai, kami diserbu, disepak terajang oleh FRU.
"Saya ingat lagi, saya diikat, tangan digari ke belakang, saya disuruh baring atas jalan dan PRU tendang sampai berdarah. Ini bukti kezaliman Tun Mahathir.
"Sebab itu saya tidak boleh terima lagi Tun Mahathir berada di dalam Kabinet. Sebab otu saya pelik, bagaimana rakyat boleh menerima beliau menjadi Perdana Menteri seolah-olah lupa dengan apa yanh telah dilakukan sepanjang mentadbir negara selama 22 tahun," katanya.
Faizal yang pernah menyertai PKR akibat tindakan Tun Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menyertai UMNO semula pada 2010 kerana mula sedar Pengerusi PPBM itu mula menubuhkan parti baru untuk 'menyerang' Najib dan UMNO.
"Saya masuk PKR kerana nak lawan Tun Mahathir. Sebab itu saya kata maksud UMNO itu ialah Undur Mahathir Negara Ok," katanya pada program Diskusi Anda Tanya Kami Jawab bersama Tan Sri Annuar Musa (TSAM) melalui UMNO Online FB Live yang bertajuk 'Polemik PM Pakatan Harapan' bertempat di Auditorium UMNO pada Rabu.
Antara ahli panel lain ialah Bekas Setiausaha PKR Selangor, Nazmi Rosli; AJK Alumni Kelab UMNO Luar Negara, Dr Kusyairi Ahmad;AJK Penerangan MIC Pusat, Ketua Penerangan MIC Selangor, Subash Chandrabose; Pengarah Operasi MALAYA, Farhan Khairuddin dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa bertindak sebagai moderator.
Faizal turut menyelar gelaran rejim Najib yang ditujukan kepada Presiden UMNO itu kerana pemimpin nombor satu negara itu telah buat sehabis baik untuk keamanan, kemakmuran dan kemajuan negara.
"Saya tidak suka bila mereka menggelarkan rejim Najib. Apa yang berlaku di zaman Najib? Najib lakukan banyak perubahan," katanya.

Sumber asal: Rafizi hanya berani zaman Najib... kata bekas aktivis reformasi
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment