Penyokong pembangkang jangan tunjuk sangat 'perak buih' atau bodoh sombong dalam usaha untuk 'diskredit' lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Arab Saudi bermula Isnin lalu.
Ini kerana di seluruh dunia amalan membawa ahli keluarga bersama dalam lawatan ke luar negara bukan sesuatu yang pelik dan tidak pernah dibuat orang.
Bekas Presiden Amerika selama dua penggal Barack Obama yang dikenali sebagai 'family man' sering bawa isteri dan anak dalam kunjungan ke luar negara.
Presiden Indonesia Joko Widodo dalam lawatan ke Kuching Sarawak November lepas juga bawa ahli keluarga dan selepas urusan rasmi kerajaan ambil bercuti ke Taman Negara Mulu.
Ini amalan biasa dan apatah lagi jika pemimpin kita ke macam Arab Saudi yang merupakan 'tempat dua tanah suci', bawa ahli keluarga lebih dari sekadar urusan antara manusia dengan manusia tetapi juga antara manusia dengan penciptanya.
Dalam kes Datuk Najib ke Arab Saudi, beliau merupakan tetamu negara dan adik beradik dan kenalan Perdana Menteri yang mengikuti rombongan ke Arab Saudi menggunakan perbelanjaan sendiri untuk menunaikan ibadat umrah.
Ini penjelasan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan memberitahu adalah menjadi hasrat Datuk Seri Najib Razak untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja itu.
“Perdana Menteri telah mengajak ahli keluarga beliau dan beberapa kenalan dalam lawatan ini bagi bersama beliau dalam mengerjakan ibadah umrah.
“Adik-adik Perdana Menteri termasuk kenalan beliau yang turut sama dalam lawatan ini telah membuat perbelanjaan sendiri ke Tanah Suci,” katanya.
Hanya ibunya, Tun Rahah Mohamad Noah turut bersama Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi.
“Nama-nama mereka ini telah dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan Perdana Menteri bagi memudahkan urusan pentadbiran dengan pihak Arab Saudi bagi program ibadah umrah,” katanya kenyataan yang sama.
Makluman PMO itu ada kaitan dengan berita tular senarai nama termasuk keluarga, adik beradik dan kenalan Najib yang menyertainya dalam rombongan lawatan kerja ke Arab Saudi.
Malah ada pihak tertentu yang membuat serkap jarang dengan mendakwa kos keluarga dan kenalan Najib ke negara itu ditanggung oleh kerajaan.
Dalam kenyataan PMO, Perdana Menteri dan ahli rombongan juga telah diberi taraf tetamu negara oleh Kerajaan Arab Saudi dan kos pengangkutan dan penginapan ditanggung oleh kerajaan negara berkenaan.
Terdahulu, dalam kenyataan itu memaklumkan lawatan kerja Perdana Menteri ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.
Ia bagi membincangkan isu-isu dua hala yang telah dipersetujui kedua-dua negara semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada tahun lalu.
Rombongan Perdana Menteri turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir, isterinya, Datin Sri Rosmah Mansor, ibunya, Tun Rahah, beberapa ahli keluarga, kenalan dan pegawainya.

Sumber asal: Jangan tunjuk bodoh isu keluarga PM ke Arab Saudi...
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment