PKR BERJAYA JATUHKAN MARUAH PAS SEBAGAI "PENGEMIS"!!!

Posted by Kerah Lekung on Sunday 28 January 2018

PKR BERJAYA JATUHKAN MARUAH PAS SEBAGAI "PENGEMIS"!!!.
Satu perbuatan yang sia - sia. Itu maksud kepada perumpamaan yang diberikan diatas yang jelas merujuk kepada kedudukan PAS yang teruk diperlakukan oleh PKR di Selangor pada ketika ini.

Rejim Pakatan Selangor pimpinan PKR dilihat telah berjaya menjadikan PAS sebagai sebuah parti pengemis apabila membiarkan bekas parti sekutu mereka itu mengemis wang peruntukan.

PAS Selangor dalam satu kenyataan sebelum ini mengambil pendirian 'Tunggu dan Lihat' berhubung isu pembekuan peruntukan dari Rejim Pakatan pimpinan PKR untuk ADUN - ADUN mereka.
"Sekarang ini semua ADUN sebenarnya masih belum dapat peruntukan lagi. Biasanya minggu kedua Januari ia akan turun. 
"Kita lihat, kalau sekiranya ADUN lain boleh buat tuntutan tapi ADUN PAS tak boleh buat tuntutan, jadi kita akan bertemu dan minta penjelasan MB.
"Kalau kita puas hati dengan penjelasan MB, okaylah, tak perlu kita jumpa siapa-siapa. Kalau tak puas hati, kemungkinan baru kita pergi ke istana. Sebab semua ini masih lagi ruang lingkup pentadbiran kerajaan negeri. Kita juga adalah wakil rakyat kerajaan (negeri)," katanya kepada Antarapos.   
Kenyataan itu dikeluarkan bagi merujuk kepada tindakan Rejim Pakatan Selangor yang telah membekukan peruntukan kewangan kepada ADUN - ADUN PAS dengan alasan 'Teknikal'.

Dari satu sudut, tindakan yang dilakukan oleh Rejim Pakatan pimpinan PKR itu satu penghinaan kepada maruah PAS sehingga memaksa parti itu menagih bantuan kewangan seperti Pengemis.

Bagi sesetengah pihak, apa yang dilakukan oleh Rejim Pakatan Selangor pimpinan PKR itu merupakan satu bentuk retaliasi terhadap tindakan Rejim PAS di Kelantan yang melakukan perkara yang sama terhadap wakil - wakil mereka!!!

Sumber asal: PKR BERJAYA JATUHKAN MARUAH PAS SEBAGAI "PENGEMIS"!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment