Kini pemerhati politik menanti pengagihan kerusi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Terengganu ketika pembahagian kerusi parlimen Pakatan Harapan (PH) menjadi isu dan ketidakpuashati parti pembangkang.
Menurut sumber berkata, walaupun belum dimuktamadkan, sudah kedengaran cakap-cakap dalaman PH Terengganu mahu jawatan Ketua Pengarah Pilihan Raya akan diberikan kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu Datuk Razali Idris.
Cadangan dikatakan jelas ditentang oleh Parti Amanah Negara (Pan) yang menganggap keputusan berkenaan tidak masuk akal kerana PPBM masih baru dan tidak tahu selok belok politik di negeri ini.
Ramai yang menyedari Razali masih belum layak memegang jawatan penting kerana beliau masih mentah dalam politik malahan pernah tewas dalam PRU sebelum ini ketika mewakili Barisan Nasional (BN).
Bagi mereka selaku Pengerusi PH negeri sepatutnya jawatan itu perlu diserahkan kepada Pan dan jawatan kanan lain harus ditentukan oleh mereka sama ada mahu diberikan kepada PKR atau PPBM.
Bagi pemerhati politik, isu ini kemungkinan besar akan memberi kesan buruk kepada PH Terengganu yang berdepan cabaran sukar untuk melawan BN dan Gasasan Sejahtera yang dianggotai oleh Pas.
Memetik sumber, Pan yang pertama kali menyertai pilihan raya selepas pimpinan mereka keluar beramai-ramai daripada dan hanya mengharapkan bekas ahli Pas untuk menyokong mereka.

Sumber asal: PAN Terengganu Bantah Razali Jadi Ketua Pengarah PRU14 Pembangkang...Balah Lah Mu
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment