KENAPA SYARIKAT 1MDB MASIH WUJUD???

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 26 June 2018

KENAPA SYARIKAT 1MDB MASIH WUJUD???.
Itu diantara perkara yang menjadi persoalan dikalangan rakyat pada ketika ini. Kenapa syarikat yang sarat dengan kontroversi dan didakwa menjadi punca kejatuhan Kerajaan BN itu masih beroperasi?


Padahal sebelum ini, Rejim Pakatan Haprak menjadikan syarikat kewangan strategik itu sebagai sumber bahan fitnah nombor satu mereka untuk menjahanamkan kredibiliti Kerajaan BN.


Pelbagai bahan fitnah dikaitkan dengan syarikat yang ada kaitan dengan Kementerian Kewangan Malaysia itu. Saban hari, rakyat dimomokkan dengan isu penyelewengan syarikat berkenaan.


Tapi sehingga ke hari ini, Kementerian Kewangan dibawah Rejim Pakatan Haprak masih tidak mengumumkan pembubaran syarikat tersebut. Malah mereka tidak menggantung operasi syarikat itu sendiri.


Soalnya, kenapa perkara itu tidak dilakukan? Kenapa syarikat yang menjadi bahan sumber fitnah dikalangan masyarakat itu masih dibiarkan beroperasi sehingga boleh melantik Pengerusi yang baru?


Jangan bagi alasan kononnya syarikat itu masih tidak dibubarkan kerana masih belum dapat bukti nak kaitkan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan skandal penyelewengan.


Sesungguhnya alasan itu hanya sekadar Retorik Politik Longkang Rejim Pakatan Haprak itu sahaja semata - mata. Sampai hari ini, bukti penyelewengan itu masih GAGAL diperolehi. Penyudahnya, Macai Pakatan Haprak tu juga yang handing kena kencing pemimpin atasan!!!

Sumber asal: KENAPA SYARIKAT 1MDB MASIH WUJUD???

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment