Bukan Mansuh, Malah Mahu Tetap Ada Tol Lebuh Raya

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 11 January 2018

Bukan Mansuh, Malah Mahu Tetap Ada Tol Lebuh Raya.
KANTOI… Setelah dikritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gelaran ‘Bapa Segala Tol’, Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya membuktikan beliau layak dilabel sedemikian!
Hari ini dalam sesi bual bicara mengenai dasar Pakatan Harapan menerusi akaun Facebooknya, pengerusi blok itu ternyata menghampakan jutaan penyokong tegarnya apabila langsung tidak berhasrat memansuhkan tol lebuh raya.

Malahan dengan nada bangga diri, Mahathir yang kini hampir berusia 93 tahun mendakwa kononnya kadar tol di negara ini adalah termurah di dunia dan perlu ditanggung pihak kerajaan bagi diteruskan mengikut terma konsesi.

Beliau bahkan dengan angkuh mempertahankan dasar pentadbirannya selama 22 tahun dahulu untuk mengenakan bayaran tol ke atas pengguna kenderaan meskipun membebankan rakyat marhaen dan menguntungkan kroninya.

“Tol di Malaysia sebenarnya kalau dibandingkan dengan negara lain memang jauh lebih murah. Ketika saya pernah berada di Jepun, saya mendapati bahawa satu jambatan di negara itu mengenakan bayaran sebanyak RM270 sehala.

“Pergi balik pula lebih RM500. Fikir-fikirlah sama ada kita terlalu tamak kena kadar tol tinggi, buatlah bandingan di mana-mana negara sekalipun, RM7 ringgit dua hala menyeberang Jambatan Pulau Pinang adalah amat murah.”

Begitulah dalih Mahathir apabila bercerita mengenai Jambatan Pulau Pinang yang tidak pernah dinaikkan tol sejak mula beroperasi pada 1985 dengan kos RM850 juta tanpa memberitahu ia terpaksa pula ditanggung oleh kerajaan.

Lucunya, Mahathir mendakwa konon kerajaan pimpinannya dahulu turut berusaha mengurangkan kos pembinaan Lebuhraya Utara Selatan dengan pelbagai kaedah, walhal semua maklum kadar tol pasti dinaikkan setiap tiga tahun.

“Kita beri sedikit bantuan supaya kos pembinaan Lebuhraya Utara Selatan ini rendah, maka tidak akan bebankan syarikat pemaju dengan hutang terlalu banyak dan kenakan tambang murah. Maka, ramai rakyat yang akan guna.

“Besar kemungkinan syarikat dapat bayar hutang dan biayai kos selenggara jalan. Inilah sebabnya yang kita dapati Lebuhraya Utara Selatan berjaya tampung kesesakan lalu lintas masa perayaan,” helah Mahathir memberi alasan!

Untuk rekod, semua maklum lebuh raya sepanjang 847 kilometer itu terpaksa ‘dikuasai’ sayap pelaburan kerajaan iaitu Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) demi mengelakkan kenaikan tol.

Begitu juga beberapa lebuh raya lain dengan pampasan dan lanjutan tempoh konsesi yang terpaksa digunakan ‘duit rakyat’ padahal ia boleh membina banyak prasarana awam termasuk sekolah, hospital, balai bomba dan polis.

Pada 1 Januari lalu, Najib bidas sikap hipokrit pembangkang di Malaysia kerana memuja seorang bekas pemimpin yang disifatkannya ‘Bapa Segala Tol’ tetapi mendakwa konon usaha pemansuhan tol adalah hasil desakan mereka.

“Mereka jugalah sanjung tinggi Bapa Segala Tol, bekas pemimpin yang buat perjanjian berat sebelah, untung kroni tetapi merugikan dan tindas rakyat,” katanya menambah pembangkang turut ada saham dalam beberapa konsesi.

Najib malah berkata, pemansuhan Plaza Tol Batu Tiga, Sungai Rasau di Selangor, Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur dan Bukit Kayu Hitam, awal bulan ini menunjukkan dasar berbeza daripada pentadbiran dahulu.

Katanya, keputusan hapus plaza tol itu menjadikan Pakatan Harapan resah ketika ia diumumkan pada Bajet 2018 di Dewan Rakyat tahun lalu hingga tergamak tolak usul berkenaan semasa pengundian.

Sumber asal: Bukan Mansuh, Malah Mahu Tetap Ada Tol Lebuh Raya

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment