Naib Pengerusi AMANAH Johor Suhaizan Kaiat menyangkal dakwaan partinya dipinggirkan dalam rundingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakatan Harapan (HARAPAN) di negeri itu, walaupun diperuntukkan dengan jumlah kerusi paling sedikit pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Beliau berkata, pengagihan kerusi seperti yang dimuktamadkan 18 Januari lalu telah mendapat persetujuan semua parti komponen HARAPAN termasuk AMANAH.
“Apa yang penting adalah HARAPAN Johor diperkukuh dan diterima rakyat bagi mengalahkan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya dalam kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Persatuan Pemikir Muda Johor yang menyifatkan kepimpinan AMANAH gagal menunaikan janji mendapat lebih banyak kerusi DUN, selepas hanya mendapat dua kerusi Parlimen di negeri itu.
Anggota persatuan itu, Fikri Alaudin dalam kenyataannya berkata ia menandakan kegagalan AMANAH membuktikan mereka mampu menyumbang kerusi kepada HARAPAN.
“Mereka dilihat lemah dan hanya menuruti segala keputusan…Ia pastinya mengecewakan ramai anggota di Johor yang bertungkus-lumus dan berkorban segalanya demi AMANAH,” katanya.
Bagi kerusi DUN Johor, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan bertanding di 18 kerusi, DAP (14), manakala PKR dan AMANAH pula 12.
Menjelaskan jurang kerusi yang diperolehi partinya dan BERSATU, Suhaizan berkata ini kerana kekuatan BERSATU bagi menembusi kawasan luar bandar dan Felda, serta pengaruh pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“BERSATU diberi tanggungjawab di kawasan sukar seperti DUN Kahang dan Panti. Dengan kekuatan jentera, BERSATU yakin boleh menang di sebahagian kawasan sukar ini,” katanya.
Katanya lagi, AMANAH pula bertumpu di kerusi campuran yang lebih mudah dimenangi seperti DUN Sungai Abong dan Nusajaya, berbanding kerusi luar bandar.
“Kerusi AMANAH memang sedikit tetapi 80 peratus adalah kawasan mudah menang. Kami fokus pada kualiti, BERSATU fokus pada kuantiti. Inilah konsep yang kita gunakan,” katanya lagi.

Sumber asal: PAN BURU KUALITI, PPBM BURU KUANTITI
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment