KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO hari ini membuat laporan polis susulan pelbagai kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, ingin menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Muhammad Rafii.
Mengulas perkara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun, berkata Dr Mahathir membuat banyak kenyataan kebelakangan ini yang cuba mempengaruhi rakyat Malaysia untuk menggulingkan Perdana Menteri menerusi proses tidak demokratik.
Katanya, beberapa bukti turut diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan.
"Kita meminta pihak polis segera menyiasat tindakan dan usaha Dr Mahathir yang ingin menggulingkan Perdana Menteri.
"Tindakan ini berbahaya dan boleh mengganggu-gugat keamanan serta kestabilan politik negara, maka itu sebabnya kami tampil membuat laporan polis," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan IPD Dang Wangi, hari ini.
"Kita nak rakyat tahu, Dr Mahathir nak gulingkan Perdana Menteri kerana dia nak jadikan anaknya sebagai Perdana Menteri Malaysia," katanya.
Komen GPB
Tindakan Mahathir semakin hari semakin keterlaluan dengan setiap hari memfitnah PM seperti seorang penyamun, pencuri, perompak semata-mata kemaruk kuasa . Inilah modus operandi dia semasa dulu mennyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menjatuhkan imej kredibiliti dengan cukup teruk .
Sokong tindakan Pemuda UMNO yang membuat laporan polis berhubung kenyataan Mahathir yang semakin melakukan hasutan untuk menumbangkang kerajaan.

Sumber asal: MAHATHIR CUBA GULING KERAJAAN NAK JADIKAN ANAKNYA PM - PEMUDA UMNO
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment