Suspek yang dilapor berusia 40-an, dikatakan telah membayar setiap orang daripada 18 pemain dalam pasukannya supaya kalah dalam satu perlawanan di Kuala Pilah TGI.
Suspek juga didakwa telah memberikan wang sebanyak RM100 kepada setiap seorang daripada tujuh para pegawai dalam pasukannya.
Pasukan itu kalah dalam perlawanan berkenaan yang berlangsung pada 25 November di Stadium Mini Tampin dengan keputusan 11-2.
Difahamkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan selepas seorang individu yang mengesaki perlawanan tersebut mungkin telah diatur membuat laporan kepada suruhanjaya itu.
Suspek dilaporkan telah ditahan oleh SPRM pada petang hari Jumaat.
Sumber asal: Jurulatih rasuah anak buah RM80 supaya kalah perlawanan bola sepak
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment