Islam bakal jadi agama kedua terbesar di Amerika Syarikat

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 6 January 2018

Islam bakal jadi agama kedua terbesar di Amerika Syarikat. ISLAM dijangka muncul sebagai kumpulan agama kedua paling besar di Amerika Syarikat selepas Kristian menjelang 2040, berdasarkan laporan yang dipetik oleh sumber berita Al-Jazeera.

Menurut kajian oleh Pusat Kajian Pew yang dipetik oleh Al-Jazeera, seramai 3.45 juta penganut agama Islam tinggal di Amerika Syarikat pada tahun 2017 mewakili kira-kira 1.1 peratus daripada populasi keseluruhan negara itu.


muslim amerika
Ketika ini jumlah orang-orang Yahudi mengatasi penganut Islam sekaligus muncul sebagai kumpulan agama kedua paling besar, namun ia dijangka berubah menjelang 2040 kerana "Populasi Muslim Amerika meningkat lebih cepat berbanding populasi Yahudi," tulis laporan itu.

Jumlah Muslim di Amerika bakal meningkat kepada 8.1 juta atau mewakili 2.1 peratus daripada populasi negara itu pada tahun 2050.

Pew Centre ketika menjalankan kajian melalui tinjauan dan demografi mendapati penganut Islam meningkat pada kadar sekitar 100,000 setahun disebabkan kemasukan orang-orang Islam, dan kadar kesuburan di kalangan umat Islam Amerika.

"Sejak jangkaan pertama kami [2007] tentang saiz populasi Muslim Amerika, jumlah populasi Muslim Amerika telah meningkat dengan begitu mendadak," dakwanya.

Kristian bagaimanapun sehingga kini kekal sebagai agama paling banyak dianuti di Amerika Syarikat, mewakili sebanyak 71 peratus daripada keseluruhan populasi negara tersebut.

Sumber asal: Islam bakal jadi agama kedua terbesar di Amerika Syarikat

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment