Inilah Penting dengan Adanya GST!!!!Lebih 5,000 syarikat ‘keras kepala’ tak bayar dan tipu GST…

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 21 January 2018

Inilah Penting dengan Adanya GST!!!!Lebih 5,000 syarikat ‘keras kepala’ tak bayar dan tipu GST….
Awas…syarikat-syarikat yang telah dikenalpasti ‘ keras kepala’ tidak bayar dan menipu dalam urusan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) setakat ini telah mengenal pasti lebih 5,000 syarikat dalam kategori itu sejak GST dilaksana pada 1 SApril 2015.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T. Subromaniam yang memberitahu demikian selepas satu acara di Putrajaya Sabtu menjelaskan JKDM tidak akan bertindak keatas syarikat-syarikat yang kurag faham mengenai GST.

"Mereka ini yang 'hardcore', bukan kurang faham mengenai GST kerana yang itu (tidak faham) kita tidak bawa ke mahkamah. Syarikat (hardcore) ini yang telah memungut GST, tidak bayar dan menipu," katanya.

Menurutnya JKDM juga telah membuka kertas siasatan terhadap semua syarikat terbabit dengan sebahagiannya telah didakwa di mahkamah.

Subromaniam berkata setakat 31 Dis 2017, sebanyak 465,000 telah mendaftar GST, melebihi sasaran awal 200,000 syarikat.

Katanya JKDM akan terus mendidik syarikat yang telah mendaftar GST melalui strategi mesra pelanggan iaitu 'pematuhan melalui pendidikan' berbanding penguatkuasaan serta tindakan penghukuman.

"Untuk mengurangkan isu penipuan ini, kita turut memperkenalkan program Duta GST. Pada awal pelaksanaan banyak syarikat yang kurang faham, sebab itulah kita ambil pendekatan lebih mesra," katanya.

Ditanya sasaran kutipan GST pada tahun ini, beliau berkata JKDM menetapkan sasaran RM43 bilion, meningkat sebanyak RM1 bilion berbanding 2017.

"Bagaimanapun, kami percaya kami boleh mencapai lebih daripada itu. Tahun lepas kita telah mencapai sasaran ditetapkan kerajaan RM42 bilion dan angka sebenar akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Jan ini," katanya.

Sumber asal: Inilah Penting dengan Adanya GST!!!!Lebih 5,000 syarikat ‘keras kepala’ tak bayar dan tipu GST…

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment