Husam dakwa senarai agihan kerusi DUN Kelantan 'palsu'

Posted by Kerah Lekung on Friday 26 January 2018

Husam dakwa senarai agihan kerusi DUN Kelantan 'palsu'.
KOTA BHARU: Pakatan Harapan (PH) Kelantan belum memuktamadkan agihan kerusi di kesemua 45 DUN untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusinya, Datuk Husam Musa berkata pihaknya belum selesai berbuat demikian seraya menafikan senarai pembahagian kerusi antara parti komponennya yang tersebar di media sosial Facebook serta aplikasi WhatsApp sejak semalam.

“Ini bukan senarai kita. Mungkin direka,” katanya menerusi WhatsApp dipetik Utusan Online.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut perkara tersebut.

Sementara itu, Pengerusi PPBM negeri, Datuk Kamaruddin Mohd. Nor turut mengulas ringkas dengan berkata, rundingan rasmi berkaitan pembahagian kerusi DUN Kelantan antara parti-parti gabungan belum selesai.

“Bila dah selesai nanti kita umumkan. Takkan lari gunung dikejar,” katanya.

Berdasarkan senarai pembahagian kerusi 'palsu' yang tersebar di media sosial tersebut, Amanah ditugaskan menerajui misi PH menerobos kubu kuat PAS apabila diberi kepercayaan bertanding di 24 kerusi DUN.

Sementara itu PPBM diperuntukkan 12 kerusi DUN manakala parti paling senior, PKR hanya diperuntukkan lapan kerusi DUN.

DAP pula turut diberi peluang bertanding di satu kerusi, iaitu DUN Kota Lama.

Untuk rekod, PAS memenangi 32 kerusi DUN dalam PRU13 namun hilang satu kerusi iaitu DUN Salor selepas Husam dipecat daripada parti itu dan menyertai Amanah.

BN memenangi 12 kerusi DUN manakala PKR menang satu kerusi DUN. 

Sumber asal: Husam dakwa senarai agihan kerusi DUN Kelantan 'palsu'

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment