Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu cermin muka sebelum mengata secara berlebihan terhadap PAS.
Tegas Naib Presiden PAS, Idris Ahmad angan-angan Tun Mahathir untuk berkuasa sekali lagi di pentas politik perlu difikirkan secara mendalam kerana perkara itu sendirinya mendapat tentangan daripada akar umbi PH sendiri.
“Dia nak mengata PAS lebih-lebih, habis dia tak berangan kah sibuk nak jadi PM ke-7?” Soalnya kepada BNBBC.my portal.
Semalam Tun Mahathir menyindir secara sinis terhadap PAS yang ingin bertanding 100 kerusi sekaligus menjadi kerajaan selepas PRU.
Katanya ia adalah angan-angan mat jenin parti Islam itu yang sebenarnya tahu akan ketidak mampuan mereka untum mencapai cita-cita tersebut.
“Bagus, fantastik. Saya rasa dalam sejarah PAS, mereka sentiasa memerintah ‘negara mereka’.
“Membentuk kerajaan mereka sendiri. Kadang-kadang mereka menang satu kerusi, tapi mereka masih ada cita-cita yang tinggi untuk bertanding lebih 100 kerusi, jadi biarlah mereka hendak bertanding,” kata Tun Mahathir pada sidang media di Putrajaya semalam.
Tambah Idris lagi pihaknya membuat kenyataan itu berdasarkan beberapa perkara yang telah diambil kira.
“Setiap keputusan yang kita buat ada asas, ada pertimbangan yang telah diambil kira. Bukan main cakap tanpa hala tuju.
“Itu prinsip kita, kalau dia nak cakap kita berangan.. Habis Tun Mahathir tak berangan kah nak jadi Perdana Menteri lagi? “soalnya lagi.

Sumber asal: Dr.Mahathir perlu cermin muka dulu sebelum mengata PAS
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment