Puak PH tak boleh tengok sikit untuk kejayaan dibuat oleh PNB dan KWSP...asyik condem dan nak burukkan nama baik syarikat GLC saja.Bila berjaya dan dapat imbuhan yang baik...mereka dengki plak.Busuk betul hati mereka ini.
Dalam bahasa mudah ini jelas satu cubaan untuk sabotaj ekonomi negara.Nampaknya senang sangat anasir luar seperti Sarawak Report main jarum untuk cetuskan kesangsian pada agensi strategik Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membuat pelaburan yang menguntungkan.
Untuk lengkapkan ramuan bagi orangramai marah pelaburan yang dikatakan silap itu didakwa dibuat atas tekanan dari kerajaan.
Lojiknya memang tidak masuk akal PNB dan KWSP hendak beli aset komersial Fasa 2 projek Stesen Janakuasa Battersea (BPS) pada harga 1.608 bilion pound (RM8.76 bilion) didakwa 1,000 kali ganda lebih mahal berbanding harga asal.
Namun atas motif politik bagi meruntuhkan keyakinan rakyat pada kerajaan puak-puak tertentu dan mereka yang sewaktu dengannya cukup rancak menyebarkan dakyah ini menerusi media sosial dan sebagainya.
Pada Jumaat lalu PNB dan KWSP telah membuat kenyataan bersama telah menjelaskan rancangan asset di London itu dibuat secara bebas tanpa membabitkan sebarang campur tangan kerajaan.
"KWSP dan PNB komited dan berpegang teguh untuk mendukung kepercayaan anggota dan pemegang unit kedua-dua institusi ini serta rakyat Malaysia dan sebarang kesimpulan yang merujuk keputusan pelaburan itu dibuat atas sebarang alasan selain daripada manfaat rakyat, adalah tidak benar sama sekali dan berniat jahat," kata kenyataan itu.
Pada Sabtu Pengerusi PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar,bekas menteri dan tokoh korporat yang ‘no nonsense’ telah mengeluarkan kenyataan beliau sendiri untuk menangkis usaha untuk menconteng arang keatas rancangan pelaburan itu.
Beliau menyifatkan dakwaan harga projek BPS 1,000 kali ganda lebih mahal berbanding harga asal sebagai ‘berniat tidak baik’.
Wahid percaya motifnya kerana ada pihak tidak puas hati dengan kejayaan konsortium Malaysia yang berjaya membangunkan semula bangunan ikonik BPS telah mendorong mereka memutarelitkan isu tersebut.
BPS itu dibangunkan oleh Konsortium Malaysia terdiri daripada Sime Darby Bhd, SP Setia Bhd dan KWSP.
Menurutnya pada asasnya nilai tanah terbiar tidak boleh dibandingkan dengan nilai projek hartanah yang dimajukan dan sewaan yang baik.
Wahid berkata Fasa 1 kediaman sudah pun siap dengan keuntungan besar manakala bangunan utama komersial BPS membabitkan gedung beli-belah dan pejabat yang akan menempatkan Apple telah menandatangani untuk menyewa ruang seluas 500,000 kaki persegi.
“PNB dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membeli bangunan itu selepas siap dengan penyewa dan hasil yang lumayan.
“Ada pihak lain yang berminat membeli bangunan ikonik itu daripada konsortium pemaju tetapi kami mahukannya untuk pelaburan,” katanya.
Wahid menegaskan keputusan itu sesungguhnya untuk tujuan pelaburan yang dilakukan oleh Lembaga Pengarah BPS dan kumpulan pengurusan, PNB dan KWSP
“Tidak ada kaitan atau arahan daripada Kementerian Kewangan. Kita di PNB dan EPF sentiasa memegang amanah pelabur dan pencarum yang merupakan rakyat Malaysia.
“Ia merupakan kawasan potensi masa depan di London. Kedutaan Amerika baru sahaja berpindah masuk di kejiranan Nine Elms.
“Perkhidmatan teksi air Thames juga sudah beroperasi. Jajaran tambahan tren Northern Line sedang dalam pembinaan. Stesen bawah tanah Battersea juga berada di zon satu,” katanya lagi.
Sumber asal: Wahid Omar sendiri bersuara pertahan PNB dan KWSP nak beli projek Battersea di London....
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment