Datuk Seri Najib Tun Razak sudah beberapa kali menyuarakan isu ‘crony capitalists’ yang didakwa diamalkan di zaman pentabiran Tun Dr Mahathir Mohamd dulu.Hari ini…Selasa beliau sekali lagi menegaskan azam pentabiran untuk menamatkan gejala yang merugikan rakyat.
Katanya kerajaan di bawah kepimpinannya telah mempelajari banyak kesilapan pentadbiran lama yang perlu diperbaiki, khususnya ekonomi berasaskan kroni yang telah menghimpit kehidupan rakyat biasa.
Beliau memberi contoh mengenai perjanjian konsesi penjana tenaga bebas (IPP) sehingga menyebabkan rakyat terpaksa menanggung tarif elektrik yang tinggi.
Berasaskan azam itu Najib memberitahu Kerajaan membincangkan semula beberapa konsesi berat sebelah yang ditandatangani oleh pentadbiran terdahulu untuk memastikan tidak ada syarikat swasta atau kroni menikmati pendapatan berlipat-ganda sehingga menjejaskan taraf hidup rakyat.
Perdana Menteri mengakui dalam usaha beliau melaksanakan tranformsi untuk kepentingan rakyat banyak isu legasi lampau yang perlu dihadapi.
Katanya sesetengah pembangunan di zaman pimpinan dulu datang dengan tanda harga yang tidak perlu yakni ‘corny capitalists’
“Ini semua membebankan rakyat, oleh itu kerajaan membincangkan semula konsesi-konsesi yang ditandatangani. Kita tidak mahu syarikat-syarikat swasta ini menjana pendapatan berlipat-ganda sehingga menjejaskan rakyat,” katanya.
Perdana Menteri kata kerajaan akan menjadikan negara ini lebih mesra perniagaan dan pada masa sama meningkatkan ketelusan dan kecekapan.
Najib memberitahu penstrukturan lain yang sedang diusahakan kerajaan adalah untuk membangunkan sistem pengangkutan awam yang selama ini tidak menjadi keutamaan pemimpin terdahulu yang terlalu obses kepada penghasilan kereta nasional.

Sumber asal: Syabasss PM!!!!! Selamat tinggal ‘crony capitalists’…PM kata kerajaan runding semula konsesi rugikan rakyat
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment