Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) atas kelewatan pendaftaran Pakatan Harapan diketuai DAP dilihat hanyalah cara Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu untuk mendapat simpati orang ramai.
Bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, sepatutnya sebelum menyalahkan ROS, beliau perlu melihat sama ada gabungan pembangkang diketuai DAP itu telah memenuhi segala syarat yang ditetapkan ROS.
“Saya lihat dakwaan kononnya ROS sengaja melewatkan pendaftaran Pakatan Harapan hanyalah helah Dr. Mahathir untuk berterusan menghasut rakyat supaya membenci kerajaan kononnya tidak adil kepada gabungan diketuai DAP itu.
“Sebelum menyalahkan ROS, beliau perlu melihat sama ada PPBM telah mematuhi perlembagaan yang telah dihantar ke ROS. Melucukan apabila Dr. Mahathir sering mempersendakan kerja pemimpin kerajaan, sedangkan beliau sendiri gagal mengurus PPBM dengan baik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam catatan terbaru di blog beliau semalam, Dr. Mahathir mendakwa ROS mempunyai niat tidak baik atau mala fide apabila tidak menjawab permohonan Pakatan Harapan untuk mendaftar di bawah satu nama dan logo.
Tambah Dr. Mahathir, kelewatan kelulusan pendaftaran atau langsung tidak meluluskan Pakatan Harapan oleh ROS itu juga akan menguntungkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Sementara itu, bekas Ketua Srikandi PPBM, Anina Saadudin berkata, ahli parti itu perlu bangun dari tidur dan sedar bahawa bukan semua perkara di dunia ini adalah salah kerajaan.
“Jangan yang tak sedap salah kerajaan, yang sedap makan sendiri. Jika hari ini Dr. Mahathir minta maaf kepada pembangkang atas kesalahannya ketika berkuasa dahulu dan berjemaah dengan mereka untuk menyalahkan segalanya pada kerajaan sekarang, maka beliau tiada bezanya dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diperangi dulu.
“Saya membesar dengan mengagumi seorang Perdana Menteri yang hebat, tetapi hari ini ianya sudah pudar. Saya merindui Dr. Mahathir yang saya kenali dulu, yang sentiasa ada caranya tersendiri tetapi kini beliau sudah cedok cara pembangkang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Sumber asal: SALAHKAN KERAJAAN JADI HELAH MAHATHIR
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment