Sah PKR Selangor tidak iktiraf keputusan konvensyen PH...Kan Ramai Orang Suka Madey

Posted by Kerah Lekung on Friday, 12 January 2018

Sah PKR Selangor tidak iktiraf keputusan konvensyen PH...Kan Ramai Orang Suka Madey.
Sudah terang lagi bersuluh... cakap-cakap bahawa PKR Selangor menolak calon PM pilihan Pakatan Harapan Tun Mahathir Mohamad terbukti selepas mereka tidak menandatangani kenyataan bersama menyokong pengisytiharan yang dibuat konvensyen Ahad lalu.

Antaranya berhubung pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya, bagi pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Kenyataan bersama yang diedarkan malam Rabu itu ditandatangani Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) selangor Izham Hashim, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selangor Datuk Abdul Rashid Asari.

Pengerusi PKR Selangor adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang disebut-sebut berminat untuk menjadi calon PM Pakatan.

PKR Selangor dari awal tidak bersetuju dengan pemilihan Mahathir sebagai calon perdana menteri.

Susulan pengisytiharan, Ketua Wanita PKR dan anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menyuarakan bantahannya terhadap "amalan kitar semula" pemimpin.

Menegaskan beliau tiada masalah dengan Mahathir secara peribadi, anggota parlimen Ampang itu berpandangan bekas perdana menteri itu lebih sesuai jika dilantik sebagai "menteri kanan" jika HARAPAN berjaya menubuhkan kerajaan.

Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor Hizwan Ahmad pula berkata, negara pada masa ini lebih memerlukan "tokoh segar" bagi membawanya keluar daripada "kepompong kerosakan" oleh BN.

Sumber asal: Sah PKR Selangor tidak iktiraf keputusan konvensyen PH...Kan Ramai Orang Suka Madey

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment