PKR Kecam NUJ Nasihat Wartawan Jangan Seksi

Posted by Kerah Lekung on Monday, 22 January 2018

PKR Kecam NUJ Nasihat Wartawan Jangan Seksi.
KUALA LUMPUR – Nasihat Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) kepada wartawan wanita supaya jangan berpakaian menjolok mata atau seksi sewaktu bertugas tidak sensitif dan beretika.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berkata, kenyataan yang dibuat oleh Presiden NUJ, Mohd. Taufek Razak itu juga satu perkara yang memalukan dan tidak mempedulikan isu sebenar.

“Saya menggesa Taufek supaya menyatakan sokongannya terhadap keselamatan wartawan dan bukan menyalahkan wartawan wanita kerana pakaian mereka.

“Saya desak NUJ lebih proaktif melindungi kebajikan dan menyediakan keperluan yang relevan untuk wartawan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Presiden NUJ sebelum ini menasihati wartawan wanita supaya membuat penampilan diri yang sesuai dan pendirian yang tegas ketika bertugas.

Mohd. Taufek dipetik berkata, antara penampilan yang sesuai jangan berpakaian menjolok mata atau terlalu seksi sewaktu bertugas.

Pendirian yang tegas pula seperti menolak untuk ditemuramah di tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti di kelab malam.

“Wartawan wanita perlu mempunyai integriti yang kuat dan cara yang sesuai untuk mendapatkan berita,” kata Mohd. Taufek.

Sumber asal: PKR Kecam NUJ Nasihat Wartawan Jangan Seksi

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment