Tidak daftar, keluar mengundi bertentangan ajaran Islam - Hadi Awang
Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani | Diterbitkan pada Januari 21, 2018 16:09 MYT
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa nabi dan rasul tidak pernah memisahkan dakwah dan politik. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
SHAH ALAM: Tindakan segelintir golongan muda yang tidak mendaftar sebagai pengundi dan tidak keluar mengundi bertentangan dengan Islam.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa nabi dan rasul tidak pernah memisahkan dakwah dan politik.
Malah, terdapat firman Allah SWT yang menyebut bahawa Tuhan menjadikan Nabi Adam dan manusia sebagai khalifah (pentadbir Islam) di muka bumi.
"Islam merangkumi seluruh hidup manusia. Maka menjadi kewajipan umat Islam terlebih dahulu daripada orang lain berjuang untuk memilih kerajaan dan memimpin kerajaan yang adil untuk semua.
"Malangnya hari ini ramai kalangan umat Islam, anak muda yang menganggap mengundi pada pilihan raya tak penting, tak mahu keluar mengundi.
"Ini satu anggapan yang salah, bertentangan dengan agama Islam," katanya.
Beliau berucap merasmikan jentera pilihan raya Pas Selangor bersempena perhimpunan Fastaqim 2.4 di sini hari ini.

Sumber asal: Petua hari ini dari Lebai menjulang keris
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment