Memang pakatan pembangkang adalah pakatan wayang. Akhirnya topeng muka penuh pura pura Azmin terhadap PAS di Selangor sudah ditanggalkan. Azmin sudah tunjuk isi hati sebenarnya. Siapa yang lebih Azmin sayang, antara PAS dan PAN. Azmin pilih PAN.
Semuanya bermula pada 14 Januari 2018, akhbar Sin Chew Daily melaporkan Roslan Shahir Mohd Shahir, Ketua Penerangan PAS Selangor dipecat sebagai dari jawatannya dalam Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Azmin Ali bertindak demikian untuk membalas dendam tindakan PAS tidak melantik orang PKR sebagai penyelaras pilihanraya di Kelantan. Selain itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi terpaksa mengadap Sultan Selangor untuk mengadu mengenai peruntukan wakil rakyat PAS yang telah disekat Azmin.
Azmin Ali ada membuat penafian bahawa dia menyekat peruntukan wakil rakyat PAS, namun penafian Azmin itu dibidas oleh penyokong PAS bernama Hanisya Abdul Hamid di facebook yang menulis demikian :
“Kalau ianya tidak berlaku mengapa perlu Pesuruhjaya PAS Selangor YB Ustaz Sallehen Mukhyi nak menghadap Tuanku Sultan Selangor untuk mengadu tindakan zalim, tidak beretika dan tidak berhati perut tanpa berperikemanusiaan ini?
“Mohon Azmin Ali henti berpolitik murahan sekadar membuat penafian sedangkan realitinya adalah sebaliknya,” kata Hanisya.
Politik kayu tiga Azmin ini akhirnya memakan dirinya sendiri. Tahun lepas lagi, Azmin sudah main kayu tiga untuk pujuk Hadi Awang, kemudian selang enam hari sahaja Azmin jumpa pula dengan Mat Sabu untuk bincang tentang pilihanraya.
PAN adalah "isteri yang sah" manakala PAS pula sudah jadi janda setelah berkuburnya Pakatan Rakyat dalam pembangkang. Sudah sah “bercerai” bila PAS sudah tiada lagi dalam pembangkang. Namun di Selangor, Azmin Ali ambil "janda" untuk bersamanya dalam "rumah" kerajaan negeri Selangor.
Hayat "janda" yang bernama PAS ini memang tidak lama. Seperti yang sudah dijangkakan, menyekat peruntukan wakil rakyat PAS adalah tanda awal “janda” bernama PAS ini akan dihalau keluar dari rumah Azmin.
Sumber asal: PANDAI AZMIN "MAIN KAYU TIGA"!!!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment