Pakatan pembangkang akan memainkan pelbagai isu menjelang pilihan raya umum ke-14 akan datang bertujuan untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata taktik itu digunakan pembangkang pada setiap pilihan raya umum.
“Kita tahu akan ada usaha daripada mereka (pembangkang) untuk memainkan isu dan ia sedang diusahakan dari luar dan dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas Program Pembahagian 400 Pasang Pakaian Operasi Digital (POD) kepada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Kota Bharu di sini, hari ini.
Justeru, Annuar mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan agenda pembangkang kerana isu yang dimainkan mereka selalunya tidak berasas dan tidak mempunyai fakta yang kukuh.
“Pada pilihan raya umum nanti , pengundi itu sendiri yang perlu memastikan rakyat yang ‘menang’ dan bukan pemimpin semata-mata.
“(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sudah membawa negara jauh ke hadapan dan sudah buat banyak transformasi. Manifesto kita (BN) adalah memacu negara ke hadapan dan inilah kesiapsiagaan kita dan pendekatan inklusif yang dilakukan,” katanya.

Sumber asal: Pembangkang Suka Manipulasi Isu, Mahu Hakis Kepercayaan Rakyat Terhadap BN – Annuar
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment