Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau pelik mengapa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk langkah graduan memilih untuk berniaga dan menjadi pemandu Uber sebagai karier tatkala gagap mendapatkan pekerjaan.
Katanya, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, tidak seharusnya membuat kecaman sedemikian kerana Mahathir pernah menggalakkan para graduan untuk menceburi bidang keusahawanan sebelum ini.
“Saya tak faham kerana dia tulis buku panduan untuk peniaga kecil tapi bila ada orang nak berniaga dia akan kecam. Ini bukan kerana mereka yang memilih untuk berniaga ini terdesak, kadang-kadang mereka buat sebab tidak ada pilihan yang lain,” katanya dalam satu sidang media di Kompleks Rapid Bus Cheras hari ini.
Justeru itu kata Khairy, seorang bekas pemimpin yang memegang tampuk pentadbiran negara selama 22 tahun tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian yang selaras mahu meraih simpati masyarakat.
“Saya rasa kenyataan beliau tidak mencerminkan perkembangan yang terkini, saya tidak tolak realiti ada yang terpaksa menjadi peniaga sebab tidak ada kerja lain. Tetapi ada juga yang memilih untuk menjadi peniaga.
“Untuk kita menjadi negara berpendapatan tinggi kita tidak hanya boleh menggalakkan pekerja Malaysia cuma makan gaji. Ketua wujudkan pekerja yang menceburi bidang keusahawanan yang dapat mencipta pekerjaan untuk orang lain.
“Bagi saya kenyataan beliau tidak adil untuk lihat kepada perkembangan dan lanskap ekonomi terkini di mana lebih ramai memilih untuk jadi usahawan,” ujarnya lagi.
Pada Rabu, dalam sesi langsung Facebook beliau, Mahathir membuat kenyataan penglibatan graduan universiti dalam bidang perniagaan nasi lemak dan memandu Uber sebagai punca rezeki tidak perlu dibanggakan kerana kedua-dua kerja itu menunjukkan mereka tidak cukup pendapatan dan bukan kerana berkembangnya semangat keusahawanan.

Sumber asal: Pelik kenapa Dr.Mahathir kutuk graduan jual nasi lemak
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment