Nga Kor Ming Kaya Macamana Kalau Malaysia Bankrup?! Malaysia Muflis?!

Posted by Kerah Lekung on Wednesday 24 January 2018

Nga Kor Ming Kaya Macamana Kalau Malaysia Bankrup?! Malaysia Muflis?!.


Ketika begitu agresif  DAP mencanangkan Malaysia ini bakal bangkrap dan kononnya parti cauvinis itu prihatin sangat pasal isu kos sara hidup tinggi yang melanda rakyat, ahli parlimennya yang sering bikin gempar, onar dan kontroversi, Nga Kor Ming buat hal lagi.

Kali ini lebih dahsyat lagi, baru beli BMW X5 berharga ratusan ribu ringgit. Wow! hebat Ahli Parlimen Taiping ini. Dari carian di website Auto Bavaria, harga BMW X5 ini bukan calang-calang orang boleh membelinya - hampir RM400,000 (RM388,800).

Tahniahlah Kor Ming. Andalah yang paling bergaya, paling mewah berbanding ketua-ketua anda,  Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Bukan setakat kereta mewah, Kor Ming juga tinggal dalam banglo besar.

Opps! tunggu dulu. Mengenali tindak tanduk dan perwatakan Kor Ming, `kontroversi’ terbaharu yang ditimbulkannya bukanlah benda baharu pun.

Ahli Parlimen Taiping ini memang terkenal dengan perlakuan biadabnya.

Awal Ogos tahun lalu menjelang negara menyambut Hari Kebangsaan, dia dengan selamba dan dangkal memuat naik dalam Facebook miliknya  membandingkan Allahyarham Tun Abdul Razak, bapa Perdana Menteri dengan Chin Peng yang didakwanya seorang wira negara kerana berjuang menentang Jepun meskipun mengepalai Parti Komunis Malaya (PKM).

Untuk `membuktikan’ tuduhannya, sekeping gambar lama Tun Abdul Razak yang berpakaian seakan-akan tentera Jepun disiarkan - meskipun itulah pakaian yang digunakan oleh anggota Malayan Civil Service yang berada di bawah perintah Jepun.

Pada 2016,  Kor Ming juga dengan dungunya memuatkan ucapan Aidilfitri bertemakan negara asing dalam Facebooknya.

Disertakannya  gambar rumah api berlatarbelakangkan bendera Amerika Syarikat dan diselitkan perkataan In God We Trust serta Lord, Guide Our Nation Back To You dan motif ta­ngan berdoa.

Kalau di negara lain termasuklah Singapura, tetangga kita, sudah lamalah Kor Ming ini duduk dalam tirai besi.

Tapi dia ini tidak pernah serik-serik. Lagi celupar, lagi kontroversi, lagi lancang dan kontroversi tindak-tanduknya, lebih awesome katanya.

Maka, tak hairanlah Kor Ming sebelum ini tergamak menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.

Kor Ming turut menyindir pakaian purdah yang dipakai  sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus mencadangkan pramugari memakai pakaian yang menutup aurat,  ahli parlimen DAP ini kata pemimpin Melayu otak cacat.

Bukan tak pernah disaman Perdana Menteri, pernah…tapi Kor Ming ni buat bodoh saja selepas menyatakan kesal kerana menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam facebooknya.

Barangkali, beli BMW dan duduk banglo besar, kata Kor Ming `apa salahnya…aku banyak duit’.

Tapi bila bab maki, tabur fitnah terhadap Malaysia yang makmur ini, boleh pula anda berbohong.

Patutnya, Kor Ming lega dan bersyukur kerana dapat mendiami Malaysia yang stabil, aman dan ada segalanya.

Tidak hairanlah netizen mengecam tindak tanduk Kor Ming dalam setiap kontroversi yang dicetuskannya sebagai ‘tidak sensitif’ dan ‘bodoh’.

Sumber : KLX
Sumber asal: Nga Kor Ming Kaya Macamana Kalau Malaysia Bankrup?! Malaysia Muflis?!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment