Mungkinkah Mahathir Sedang Menyiapkan Dua Orang Anaknya Untuk Bertanding?

Posted by Kerah Lekung on Friday, 26 January 2018

Mungkinkah Mahathir Sedang Menyiapkan Dua Orang Anaknya Untuk Bertanding?.
Jika kita mengikuti perjalanan politik Tun Dr Mahathir Mohamad sejak dahulu, jarang dia hanya bergerak pada satu sasaran dengan hanya menggunakan satu jalan. Pada kebiasaannya, dia akan menyediakan pelbagai jalan untuk mencapai satu sasaran yang dia telah tetapkan.

Membicarakan tentang hal ini, kita mungkin melihat, Mahathir seperti sengaja mahu mencetuskan isu bagi membolehkan tumpuan diarahkan kepadanya. Tambahan pula, dia baru sahaja dinamakan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, sudah tentulah dia menagih perhatian dari kalangan media untuk meraih populariti.

Namun begitu, jika diperhatikan dengan teliti, Mahathir sebenarnya bukan hanya menyiapkan Datuk Seri Mukhriz untuk menjadi salah seorang pemimpin utama Pakatan Harapan. Ada kemungkinan dia juga sedang mempersiapkan seorang lagi anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir untuk menjadi calon PPBM bagi kerusi Parlimen yang berada di Lembah Klang, mungkin Parlimen Setiawangsa.

Kemungkinan ini tercetus setelah Mahathir begitu giat berusaha untuk meraih perhatian daripada media sedangkan pergerakan politik Mukhriz dan Mokhzani, kekal rahsia. Ditambah pula dengan tindakan Mukhriz yang menjual saham miliknya di syarikat yang dia sendiri asaskan, Opcom Holding Berhad dan ini membolehkan Mukhriz menjana pendapatan mudah yang dianggarkan bernilai berbilion Ringgit.

Bagi Mokhzani pula, setelah dia bertindak menjual sahamnya di Kenchana Petroleum, kelibat dan beritanya langsung tidak didengari. Namanya mula timbul setelah terdapat beberapa sumber dalaman PPBM sendiri yang mendakwa, ada kemungkinan seorang lagi anak Mahathir akan bertanding atas tiket PPBM bagi kerusi Parlimen yang didakwa kemungkinan kerusi Setiawangsa.

Andai benar dakwaan sumber ini, ianya akan menjadikan PPBM memperolehi dana yang cukup banyak untuk mengharungi Pilihan Raya Umum ke 14 dengan penyertaan Mukhriz dan Mokhzani. Kini, mereka yang perlu sedikit masa untuk mengetahui, kerusi Parlimen mana yang mungkin ditandingi Mahathir pada PRU ke 14 itu nanti.

Ramai yang menjangkakan, Mahathir mungkin akan bertanding di Langkawi namun jika dinilai kepada keadaan semasa, Mahathir mungkin tidak akan bertanding di Langkawi kerana dia semestinya mahu satu kerusi selamat dan selesa untuknya bagi melayakkannya menjadi calo Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Dengan kemungkinan dua anaknya turut bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti, mungkin inilah asas untuk Mahathir berasa begitu yakin untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional walaupun dia sendiri tahu, sentimen pengundi dari kalangan penyokong Pakatan Harapan itu sendiri tidak memihak kepadanya.

Sumber asal: Mungkinkah Mahathir Sedang Menyiapkan Dua Orang Anaknya Untuk Bertanding?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment