MUHYIDDIN KECEWA, INGATKAN KELUAR UMNO DICALON JADI PM, RUPANYA KENA HIJACK TUN M

Posted by Kerah Lekung on Tuesday 23 January 2018

MUHYIDDIN KECEWA, INGATKAN KELUAR UMNO DICALON JADI PM, RUPANYA KENA HIJACK TUN M.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa tidak bersetuju untuk melantik Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik menjadi calon perdana menteri.
Dakwaan itu dibuat oleh, bekas pengasas Bersatu, Kamaruzaman Habibur Rahman yang mendedahkan bahawa matlamat awal penubuhan Bersatu hanya mahu menjadikan Mahathir sebagai penasihat parti.

Bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila kemasukkan Mahathir ke dalam Bersatu telah membuatkan beliau seolah oleh ‘hijack’ Bersatu termasuklah Harapan bagi mendapatkan jawatan perdana menteri.

“Masa awal penubuhan Bersatu, Muhyiddin tak setuju Tun Mahathir jadi calon perdana menteri, dia panggil masuk Tun M sebab sebagai penasihat parti kerana beliau dianggap berpengalaman dan sebagai bekas perdana menteri.

“Muhyiddin sebenarnya tak mahukan Tun M dalam parti…banyak kali mesyuarat dimana Muhyiddin bersuara mengatakan bahawa Tun hanya untuk dilantik sebagai penasihat dan tiada kuasa politik.
“Kami berpandangan Tun melepasi zamannya, beliau kini dicalonkan sebagai Perdana Menteri dan telah merosakkan parti dan kemasukkan beliau telah membuatkan beliau menghijack parti dan Harapan,” katanya kepada Sinar Online selepas ditemui di Kuala Lumpur hari ini.
Mengulas lanjut, Kamaruzaman turut memaklumkan Muhyiddin turut memasang cita-cita menjadi perdana menteri.

“Tapi kita tahu ada pihak bercita-cita nak jadi perdana menteri Muhyiddin mungkin melihat dirinya sebagai calon perdana menteri ketika itu beliau merupakan bekas timbalan perdana menteri kalau dikira dari sudut pengalaman maka dialah yang paling sesuai.

“Mungkin dia (Muhyiddin) saya rasa semua orang berada pernah berada di kedudukan numbor dua akan bercita-cita untuk menjadi numbor satu jadi ketika itu majlis pimpinan tertinggi Bersatu nampak beliaulah yang layak.

“Bagaimanapun Tun mungkin mempunyai idea lain apabila dia melihat Muhyidin bukan orangnya dan mencari orang lain kalau dia tak jumpa orang lain mungkin dia sendiri yang sepatutnya tapi pada usia 93 tahun adakah rakyat Malaysia ingin memperjudikan nasib rakyat hanya kerana nostalgia bekas seorang pemimpin nombor satu negara ini,” katanya.

Awal Januari lalu Pakatan Harapan menerusi konvensyen mereka mengesahkan Mahathir dianggap sebagai calon perdana menteri jika gabungan itu berjaya menawan Putrajaya 

Sumber asal: MUHYIDDIN KECEWA, INGATKAN KELUAR UMNO DICALON JADI PM, RUPANYA KENA HIJACK TUN M

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment