Tun Dr. Mahathir Mohamed dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang perlu berhenti daripada semakin mengelirukan arena politik negara . Ini kerana kedua-dua pemimpin veteran itu kini dilihat semakin kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan secara sengaja.
Mana tidaknya, Kit Siang dalam banyak kenyataan yang telah dikeluarkan olehnya menafikan bahawa segala bentuk ayat yang dilontarkan oleh nya bukan bersifat rasis atau perkauman.
Rakyat Malaysia sudah berpuluh-puluh tahun meyedari bahawa dia bercakap dan menulis selama ini, yang menunjukkan dirinya bersifat perkauman dan membenci kaum lain lebih dari kaum cauvanis DAP. Perkara ini amat jelas dan lagi terang.
Bapa Ketua Menteri Pulau Pinang ini mungkin sudah lupa atas faktor usianya sekarang dan mungkin penyakit lupa sedang menular dalam dirinya. Tapi benarkah Kit Siang tidak rasis? Hanya orang yang tidak melihat perubahan ini akan mengatakan Kit Siang berfikiran seperti usia mudanya dahulu.
Mungkin Kit Siang juga lupa bahawa rakan sekutunya dahulu yang berbuih mulut bercakap mengenai betapa rasisnya Kit Siang dalam mengamalkan dasar perkauman berpuluh tahun lamanya kini sedang berada disebelahnya sahaja.
Mengapa tidak, Kit Siang atau Guan Eng atau mana mana pemimpin Pakatan bertanya terus kepada Mahathir yang kini sudah berada dilandasan yang sama dalam politik pembangkang.
Kita semua pun tahu dia merupakan veteran DAP yang hidup sezaman dengan Mahathir. Sudah pasti jawapannya ada dikepala Mahathir dan bukan meminta rakyat menunjukkan kebenaran apa yang dikatakan olehnya.
Mahathir satu ketika dahulu semasa berada didalam kerajaan boleh dikatakan saban hari memperkatakan betapa rasisnya Kit Siang terhadap etnik lain selain dari bangsa cauvanis yang menjadi agenda pembelaannya.
Atau Mahathir sendiri sekarang sudah menjadi keliru dan mungkin sudah lupa juga sebagaimana Kit Siang. Mungkin juga disebabkan faktor umur yang hampir mencecah 100 tahun tetapi masih memikirkan politik , kekayaan yang dia tidak pernah lupa sepanjang zaman.
Sebenarnya Kit Siang mendakwa beliau bukan anti-Melayu dan anti Islam, dan menganggap kenyataan itu berkemungkinan kerana mempunyai motif tertentu untuk meraih undi orang Melayu pada pilihan raya umum datang.
Mahathir pula ketika memimpin UMNO menyifatkan DAP sebagai sebuah parti yang berbaur perkauman, tetapi sekarang sanggup bersekongkol dengan Lim. Kini rakyat melihat bahawa Kit Siang dan Mahathir adalah dua pemimpin yang mengamalkan kronisme dimana menyifatkan kekayaan Negara ini milik mereka anak beranak.
Kedua dua mereka ini beranggapan bahawa tindakan mereka menunjukkan seolah-olah politik di Malaysia belum matang dan rakyat terpaksa akur dengan apa yang mereka perkatakan walaupun sudah kelam kabut jadinya.
Malaysia agak malang mempunyai pembangkang seperti PPBM, DAP , PKR dan PAN yang mana terus tidak mengimbangi politik dalam Negara. Mereka tidak pernah mahu mencontohi Negara jiran kita Indonesia dimana parti pembangkang yang kalah akan membenarkan pemerintah menjalani cara pemerintahan.
Ahli politik di Indonesia membuktikan kematangan politik mereka dan hanya bermusuhan semasa pilihan raya sahaja, selepas itu siapa yang kalah akan menerima kekalahan dengan hati terbuka dan tidak pernah mengganggu pemerintahan kerajaan
Sepatutnya pembangkang di Malaysia bekerjasama dengan kerajaan dalam mengimbangi idea untuk kebajikan rakyat dan bukan melakukan rompakan besar besaran demi ahli keluarga mereka. Ini lah perkara yang malang bagi politik Malaysia.
Kini Mahathir dan Kit siang sudah ada landasan yang sama, terus mengkritik kerajaan, melakukan fitnah yang berteruskan sehingga menjejaskan kestabilan dan ketenteraman Negara serta terganggunya minda rakyat dengan sikap tidak bertanggungjawab mereka.
Namun sekiranya Pengerusi PPBM itu mendakwa dia ‘tersilap’ membuat kenyataan ketika itu, maka nampak sangat dirinya hipokrit, berbohong dan mungkin sudah menjadi pelupa dan atau sekadar mahu menjaga hati ‘tuan baru’nya itu
Rakyat di seluruh negara sudah lama tahu siapakah DAP yang sebenar. Rakyat sudah tahu siapakah Mahathir yang sebenarnya, Mahathir dan Kit Siang adalah pengamal kronisme dan rasis serta tidak boleh orang lain melebihi kuasa yang ada pada diri mereka.
Walau tidak bercakap atau mengungkap, segala tindakan dan dasar yang diperjuang secara tersirat sebelum ini sudah lama tersurat. Rakyat bukan bodoh untuk menilai siapa DAP. Letaklah Dyana Sofya, Rara, Melati atau beberapa ‘genre’ anak muda Melayu di dalam DAP, ia tidak akan mampu memadam apa yang pernah disaksikan rakyat.
pru14.tv

Sumber asal: Mahathir Buat-buat Lupa Kit Siang Rasis
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment