KENAPA PH KUTIP MAHATHIR? – PAS

Posted by Kerah Lekung on Tuesday 23 January 2018

KENAPA PH KUTIP MAHATHIR? – PAS.
Kredibiliti pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang ‘mengutip’ semula Tun Dr Mahathir Mohamad dipersoalkan PAS.

Menurut Naib Presidennya, Idris Ahmad, ini kerana para pemimpin PH pernah mengecam bekas Perdana Menteri itu dengan pelbagai gelaran yang negatif.

Menurut beliau, pendirian terbaharu PKR, DAP dan PAN itu merupakan petanda bahawa keempat-empat parti sanggup melakukan apa sahaja strategi bagi memperoleh kuasa pemerintahan termasuk mencalonkan Pengerusi PPBM itu itu sebagai Perdana Menteri Ke-7.

“Dahulu PKR, DAP dan PAN kata Dr Mahathir sebagai ‘mahazalim’, ‘mahafiraun’, serta mengadakan demonstrasi dengan melaung-laungkan slogan ‘reformasi’, ‘undur Mahathir’ dan sebagainya.

“Hari ini mereka bukan sahaja tak suruh undur, sebaliknya ambil balik Mahathir,” katanya.

Beliau yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Fastaqim 2.4 di sini, semalam.

Pada 7 Januari lalu, pimpinan PH menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan pembangkang terbesar negara itu memenangi pilihan raya umum.

Sumber asal: KENAPA PH KUTIP MAHATHIR? – PAS

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment