Bekas Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan sahaja tidak bersetuju Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai parti malah tidak menyangka Pakatan Harapan diketuai DAP akan memilih pengerusi parti itu sebagai calon Perdana Menteri sementara bagi gabungan parti mereka.
Ini kerana jelasnya, pada peringkat awal penubuhan PPBM, Muhyiddin mencadangkan Dr. Mahathir dilantik sebagai penasihat parti yang tidak mempunyai kuasa politik namun sebaliknya berlaku sehingga bekas Perdana Menteri itu berjaya merampas PPBM dan Pakatan Harapan sekali gus membolehkannya dilantik sebagai calon Perdana Menteri sementara.
“Kehadiran Dr. Mahathir dalam PPBM adalah sebagai bonus dan barisan kepemimpinan parti tidak pernah menyatakan bahawa beliau adalah calon Perdana Menteri. Tiba-tiba perkara itu terjadi dan beliau bukan sahaja hijack (rampas) PPBM tetapi turut melakukan perkara sama kepada Pakatan Harapan.
“Barisan kepemimpinan juga tidak pernah berbincang tentang siapa sepatutnya dilantik sebagai Perdana Menteri kerana perjuangan asal adalah untuk mengubah perkara yang kita nampak tidak betul yang dilakukan kerajaan memerintah,” katanya selepas Forum Emperical Talk di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Kamarul Azman menyatakan bahawa parti PPBM mengetahui hasrat Muhyiddin yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana beliau merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri dan lebih berpengalaman berbanding barisan kepemimpinan yang lain selain Dr. Mahathir.
Malah, jelasnya, barisan kepemimpinan juga merasakan Muhyiddin sebagai orang yang layak diketengahkan namun pengerusi parti itu mempunyai pandangan berbeza.
“Mungkin dia (Muhyiddin), saya rasa semua orang pernah berada di kedudukan nombor dua akan bercita-cita untuk menjadi nombor satu, jadi ketika itu Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM nampak beliaulah yang layak.
“Tetapi mungkin Dr. Mahathir merasakan Muhyiddin tidak sesuai dan dia perlu mencari individu lain, kalau tidak jumpa orang lain dia sendiri yang patut jadi. Tetapi pada usia 93 tahun, adakah rakyat Malaysia perlu memperjudikan nasib jutaan yang lain kerana nostalgia dia sebagai bekas Perdana Menteri?,” ujarnya.
Pada 7 Januari lalu, Pakatan Harapan diketuai DAP mengumumkan pemilihan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan sekiranya gabungan parti itu berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.
Dalam pada itu, ketika disoal tentang keyakinan Pakatan Harapan untuk menawan Negeri Sembilan, Kamarul Azman memberitahu, hasrat gabungan parti itu tidak mungkin tercapai disebabkan ketiadaan mekanisme serta idea yang jitu untuk mentadbir negeri.
Malah katanya, rakyat juga sudah bosan dengan dakyah serta fitnah yang dilemparkan barisan kepemimpinan PPBM terhadap kerajaan memerintah.

Sumber asal: JAWATAN MUHYIDDIN SEBAGAI PM DIRAMPAS MAHATHIR...INI KENYATAAN BENAR
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment