Islamisasi akan rosakkan Malaysia, kita perlu liberal untuk maju kata Marina

Posted by Kerah Lekung on Monday, 22 January 2018

Islamisasi akan rosakkan Malaysia, kita perlu liberal untuk maju kata Marina.
Malaysia di ambang kemerosotan sekiranya negara meneruskan agenda Islamisasi yang tidak hanya akan memecahbelahkan masyarakat tetapi pada masa sama menyuburkan keganasan, kata Marina Mahathir.

Menyebut satu contoh baru-baru ini apabila seorang lelaki menampar seorang wanita Muslim kerana tidak memakai tudung di khalayak ramai, aktivis sosiopolitik itu berkata Islamisasi tidak positif atau sihat untuk negara.

"Apa yang memberikan lelaki itu tanggapan bahawa dia berhak menasihati wanita itu dengan kasar dan kemudian menamparnya kerana tidak memakai tudung seperti yang berlaku baru-baru ini," katanya di Kuala Lumpur, malam tadi.

Menyentuh mengenai buku Illusion of Democracy, Marina berkata penerbitan itu memberikan "dukungan empirikal" terhadap pendiriannya mengenai Islamisasi di Malaysia kerana "ia satu bentuk penjajahan, satu konsep yang selama ini tidak pernah diketahui tidak ganas."

Katanya, kecaman terhadap ucap selamat kepada orang yang berlainan agama serta serangan terhadap mereka yang tidak cocok dengan tafsiran rasmi Islam, membuktikan Islamisasi tidak hanya memecahbelahkan masyarakat tetapi turut membawa kepada keganasan.

Beliau juga mengulas kenyataan "seorang bekas pendidik" yang berkata kumpulan minoriti tidak seharusnya diberikan biasiswa dan mempersoalkan "pemimpin parti politik" yang mencadangkan hanya Muslim boleh menganggotai Kabinet.

Pada Konvensyen Kebangkitan Ummah hujung minggu lalu, bekas pendidik Raof Husin berkata Putrajaya terikat dari segi perlembagaan untuk mengehadkan bantuan pendidikan hanya kepada pelajar Bumiputera.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang pula pada tahun lalu berkata hanya Muslim layak memegang peranan membuat keputusan dalam sebuah kabinet Islam.

"Kalau kita tidak tahu, tidakkah kita akan berfikir bahawa IS (Daesh) juga berkata perkara yang sama?

"Tetapi dalam keghairahan kita memerangi keganasan di negara ini, sesetengah orang jadi keliru," kata Marina.

Sumber asal: Islamisasi akan rosakkan Malaysia, kita perlu liberal untuk maju kata Marina

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment