Beberapa program pembangunan negara di bawah bekas seorang pemimpin sebelum ini membawa beban yang tidak perlu kepada rakyat dalam bentuk sekumpulan kroni kapitalis meraih kekayaan daripadanya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam ucaptamanya pada Invest Malaysia 2018 di sini hari ini, perdana menteri berkata kerajaan berikrar yang perkara ini akan dihentikan dan ia mengambil iktibar daripada kesilapan lampau dalam merancang transformasi ekonomi Malaysia, sambil mendepani banyak isu legasi sepanjang usaha itu.
Mengambil contoh pengangkutan awam, beliau berkata perkara itu telah diabaikan berdekad lamanya menyebabkan ia menjadi tidak keruan, dengan pemilik dan sistem yang berbeza, dan sudah tentunya tidak ada integrasi.
“Ketaksuban seseorang terhadap idea untuk menghasilkan kereta nasional – yang kini cuba dipulihkan di bawah pemilikan bersama antarabangsa – menjadikan Malaysia ketinggalan dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang efisien.
“Ini merupakan halangan serius terhadap cita-cita kita untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi dan bagi Kuala Lumpur menjadi ibu kota bertaraf dunia. Oleh itu kita telah mengambil langkah segera untuk membetulkan keadaan dan menyatakan bahawa pengangkutan awam menjadi keutamaan penting bagi kerajaan,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Merujuk kepada konsesi Janakuasa Bebas yang ditandatangani kerajaan ketika itu, Najib berkata ia begitu berat sebelah sehinggakan pengguna terpaksa membayar harga tinggi daripada yang sepatutnya untuk bekalan tenaga, malah untuk bekalan tenaga yang mereka tidak guna.
“Ini amat membebankan rakyat, oleh itu kerajaan berunding semula terhadap konsesi ini – dengan tekad pada masa depan, kita tidak akan membenarkan syarikat-syarikat persendirian meraih keuntungan berlebihan yang menjejaskan rakyat,” kata perdana menteri.
Ringgit pula ditambat dengan dollar Amerika bagi tempoh yang terlalu lama sehinggakan pelabur dan pasaran global hilang keyakinan terhadap negara ini.
“Dan kita mengambil masa yang lama juga untuk mengembalikan keyakinan itu. Ini juga amat menjejaskan negara,” kata Najib sambil menegaskan bahawa kerajaan di bawah pimpinannya tidak akan mengulangi langkah itu.
Perdana menteri turut menjelaskan mengenai apa yamg disifatkannya pakatan kempen untuk mensabotaj ekonomi Malaysia bagi kepentingan politik pihak tertentu.
— BERNAMA

Sumber asal: INI YANG MADEY MARAH NI!!!!!! NAJIB TAK NAK ULANGI BEBAN KEPADA RAKYAT YANG DIBUAT PEMIMPIN TERDAHULU
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment