HINA MB TERENGGANU : SEORANG KONTRAKTOR WANITA DIREMAN...PADAN MUKANYA

Posted by Kerah Lekung on Tuesday 23 January 2018

HINA MB TERENGGANU : SEORANG KONTRAKTOR WANITA DIREMAN...PADAN MUKANYA.
Seorang kontraktor wanita berumur 45 tahun ditahan reman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menerusi media sosial.

Perintah tahanan reman dibenarkankan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Kuala Terengganu Noradila Abd Latif.

Kontraktor berkenaan, yang diwakili peguam Che Muhammad Amir, disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kerana meninggalkan komen jelik dalam laman Facebook Gabungan Anak Terengganu baru-baru ini.

Wanita berkenaan juga disiasat kerana membuat komen yang tidak baik terhadap Ahmad Razif menerusi satu kumpulan peribadi WhatsApp.

Sebanyak 30 laporan polis dibuat terhadap wanita berkenaan berikutan dua kenyataan itu.

— BERNAMA

Sumber asal: HINA MB TERENGGANU : SEORANG KONTRAKTOR WANITA DIREMAN...PADAN MUKANYA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment