Adakah untuk depa halal, untuk AMANAH pula tak halal?
MOHAMED HANIPA MAIDIN - January 20, 2018 9:40pm
Ada signboard di luar Wisma Tok Guru di Salor ditulis ayat ini “Dilarang masuk tanpa kebenaran tuan tanah kecuali Husam bin Musa (dengan no IC sekali ).”
Malam tu, ketika ceramah di situ, saya kata tak pe lah hanya benarkan YB Husam je tapi dia tak kata dalam signboard tu yang YB Husam tak boleh bawa tetamu dia masuk.
YB Husam adalah Adun dan pemimpin AMANAH dan di tanah tu ada pejabat Adun dia..tak masuk
akallah hanya YB Husam je akan masuk dalam tanah tu.
Saya kata ibarat macam kita ajak orang datang rumah makan nasi, takkanlah kita jamu nasi kosong je, mesti ada lauk pauk, minuman dan buah buahan pencuci mulut walaupun kita tak sebut yang lain kecuali nasi.
Yang kedua saya sebut status tuan tanah tu pun kini sedang dipertikaikan kerana ada kes pending di mahkamah sivil dan syariah – tanah tu jadi sebahagian daripada tuntutan faraid daripada para waris Almarhum Datuk Rusli.
So, saya kata patut dalam signboard tu dia kena tulis juga “Arahan tuan tanah yang dipertikaikan”. Baru kena dan tepat.
Yang lagi pelik yang kata tuan tanah tu beli tanah dengan harga RM700 ribu (hebat tu SU Kerja je ada wang sebanyak tu) tapi bangunan dalam tanah tu dia tak pernah bina sesen pun.
Bangunan itu milik sepenuhnya YB Datuk Husam, dibina dengan keizinan tuan tanah yang terdahulu.
Yang lagi best, masa mereka buat program mereka di dalam tanah dan bangunan tu, tak dengar pulak kita sehabuk pun yang mereka ada minta izin dengan YB Husam. Ada dua hukum yang berlainan ke? Apa pun hebatnya taraf orang orang suci ni. I am impressed.
Allah lebih mengetahui.

Sumber asal: Halal, haram: Drama kartun dari Kelantan
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment