Duit Hilang Sampai RM236 Juta Bukti Skandal Terowong Amat Parah.
Memang sudah parah. Tidak boleh diselindung lagi. Hendak ajak minum kopi lagikah kalau sudah kantoi duit hilang sampai RM236 juta? Mana mahu putar belit dan lari lagi kali ini? Jumlah yang hilang bukannya RM236 tetapi RM236,000,000. Banyak jumlahnya itu.
Lim Guan Eng kantoi lagi dalam skandal pembinaan terowong dasar laut apabila parti Gerakan Pulau Pinang mempertikaikan perbezaan jumlah kos sebanyak RM236 juta. Kos itu dikatakan adalah unutk menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang dirancang oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Ada perbezaan yang besar antara kos yang dinyatakan oleh kerajaan negeri dengan yang dinyatakan oleh syarikat China Railway Construction Corporation International (CRCC).
Semasa majlis menandatangani perjanjian, CRCC dalam laman webnya bertarikh 12 Oktober 2013 mengumumkan telah memeterai kontrak dengan Konsortium Zenith BUCG untuk membuat reka bentuk tiga lebuh raya dan terowong dasar laut dengan nilai kontrak AS$22 juta.
Masa itu, kadar tukaran wang asing ialah RM3.15 bagi AS1 Dolar Amerika menjadikan kontrak berkenaan harus bernilai RM69.3 juta. Ada perkara mencurigakan apabila laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Negeri dalam sidang DUN Pulau Pinang pada 19 Oktober tahun lepas dan jawapan Kerajaan DAP pada 19 Mei tahun lepas menyatakan kos kajian adalah sebanyaK RM305 juta.
CRCC sebut kosnya adalah RM69.3 juta, tetapi kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang nyatakan kos itu adalah RM305 juta. Sudah beza RM235.7 juta. Mana pergi baki yang RM235.7 ini? Hilang ke mana?
Apa lagi Guan Eng hendak kelentong rakyat Pulau Pinang? Wang sudah hilang sebanyak RM236 juta hasil daripada dokumen palsu yang dihasilkan untuk buat tuntutan. Seorang demi seorang individu dicekup oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes ini.
Semalam, seorang Pengerusi syarikat perunding kejuruteraan yang bergelar Datuk Seri telah ditahan berkaitan skandal projek berkenaan. Dia juga dipercayai terlibat dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian berkenaan.
Projek skandal Guan Eng ini juga kosnya lebih mahal berlipat kali ganda berbanding projek sama di luar negara. Kajian Kebolehlaksanaannya sahaja mahal 61 kali ganda berbanding kajian sama untuk projek terowong di Kanada.
Kos kajian projek terowong dasar laut yang menghubungkan Quebec City-Levis di Kanada sepanjang 7.8km hanya menelan kos RM325,000.Pada 18 Mei 2016, Facebook Penang Kini menulis bahawa projek terowong ini kosnya 250 peratus lebih mahal dari projek Terowong SMART di Kuala Lumpur.
Siapa yang “cilok duit” baki RM236 juta itu? Masuk poket siapa? Projek ini sudah melibatkan pembayaran wang beratus juta sejak Mac 2013 tapi sampai sekarang pembinaan masih belum bermula.
Difahamkan lagi, syarikat yang berjaya mendapat tender projek ini tidak mempunyai modal yang cukup sebaliknya memiliki modal 1,900 kali ganda lebih rendah daripada paras minium yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Dalam keadaan semakin tersepit, Guan Eng cuba tutup mulut rakyat Pulau Pinang dengan umumkan peruntukan RM4.11 juta kepada 1,157 pegawai-pegawai masjid bermula bulan ini sehingga Jun nanti.
Ia melibatkan 406 orang imam, 365 orang bilal dan 386 orang siak. Padahal bila disemak kembali, jumlah peruntukan itu memang sudah diberi oleh JAKIM sejak 2011 lagi, jumlah yang sama. Bukan dari Guan Eng pun, memang JAKIM sudah beri lama dah peruntukan tersebut.
Terpaksa berlakon “ambil kredit” sampai begitu sekali untuk buat orang lupa pada isu terowong yang sedang panas sekarang ini. Sampai ada ugutan bunuh terhadap “whistleblower” yang mendedahkan isu terowong ini secara konsisten. Siapa yang cuba ugut Datuk Huan Cheng Guan yang selama ini lantang mendedahkan semua isu yang ada di Pulau Pinang?
Pastinya ada pihak yang tidak senang. Rakyat Pulau Pinang jangan lupa, Guan Eng sudah sah hilangkan RM236 juta dalam skandal terowong, skandal banglo Pinhorn dapat diskaun RM1.47 juta, tanah di Pulau Pinang sudah RM16 billion kena gadai dan skandal tanah Taman Manggis RM20 juta.
Cuba tambah semuanya, semua berapa banyak Guan Eng dan DAP seleweng di Pulau Pinang. Belum masuk lagi bab duit zakat diseleweng, tanah runtuh, duit tebatan banji, duit anjur marathon yang hilang dan skandal kilang haram. Banyak sungguh penyelewengan berlaku di Pulau Pinang.
Ini semua duit rakyat Pulau Pinang. Siapa yang hilangkan? DAP lah yang hilangkan. Parti yang rakyat Pulau Pinang pilih semasa PRU12 dan PRU13. Mahu undi DAP lagi pada PRU14? Tidak ada apa apa pun yang telah diubah DAP di Pulau Pinang. Yang hilang adalah, banyak duit yang dihilangkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.
K7L : Guan Eng Out!
Sumber asal: Duit Hilang Sampai RM236 Juta Bukti Skandal Terowong Amat Parah
Home » Keris Tujuh Lok » Duit Hilang Sampai RM236 Juta Bukti Skandal Terowong Amat Parah
Duit Hilang Sampai RM236 Juta Bukti Skandal Terowong Amat Parah
Posted by Kerah Lekung on Friday, 26 January 2018
Labels:
Keris Tujuh Lok
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment