Parti DAP sudah mula menegur parti Melayu yang berasaskan Islam dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu PAN kerana para pemimpinnya mula mempersoalkan pembahagian kerusi yang tidak memihak kepada parti itu yang hanya diperuntukkan sebanyak 27 kerusi sahaja. Teguran dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam bentuk amaran yang tegas.
Parti itu yang dipimpin oleh Presiden, Mohamad Sabu diminta berhenti memperbesarkan isu itu.
Menurutnya, parti serpihan dari PAS itu sepatutnya memberi tumpuan kepada strategi yang jelas untuk berdepan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 nanti.
“Macam mana saya nak jawab soalan ini pun saya tak tahu kerana tidak tahu soalan berpunca dari mana, cakap macam mana nak tuntut (lebih banyak kerusi untuk ditandingi).
“Ini kita sudah umumkan dan itulah struktur pembahagian. Justeru, jangan cuba tokok tambah. Apa yang penting kita mara ke hadapan dengan suatu strategi jelas,” katanya pada sidang media di KOMTAR di Georgetown hari ini.
Walaupun dilihat begitu rapat dengan DAP serta pernah menjadi pemimpin PAS, jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu lebih kecil daripada apa yang pernah diberikan kepada PAS pada PRU13 lalu iaitu sebanyak 73 kerusi. Jelaslah, PAN hanya alat untuk mengaburi mata umat Islam bukan seperti PAS yang tidak diterima oleh DAP.
Guan Eng hari ini memberikan reaksinya tentang rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin PAN dan ahlinya yang menganggap berlaku pengagihan kerusi yang tidak adil bagi peringkat Parlimen pada PRU14 nanti.
Ketika pengumuman konvensyen pakatan pembangkang kelmarin, PAN mendapat agihan paling sedikit iaitu 27 kerusi Parlimen di Semenanjung untuk ditandingi, berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) (52); PKR (51) dan DAP (35).
Selepas PAN, mungkin PKR dan PPBM akan jadi mangsa seterusnya jika buat onar atau cuba membantah keputusan DAP. Konflik yang hangat bakal berlaku apabila mereka bakal berebut baki 57 kerusi yang masih belum diketahui akan ditandingi oleh siapa yang mana kawasan Parlimennya ialah di Sabah dan Sarawak.
Jumlah 165 kerusi yang diumumkan dalam konvensyen hanya di Semenanjung sahaja. Parti DAP dan PKR biasanya akan berbincang dan berebut kerusi berkenaan sehingga biasanya akan berlaku pertindihan.

Sumber asal: DAP Sudah Mula Tegur Parti Melayu Dalam Pakatan Harapan
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment