Tindakan pembangkang yang mencalonkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sama seperti memberi peluang kepada dirinya untuk merosakkan negara dengan mengulangi kesalahannya sewaktu mentadbir negara 22 tahun dahulu.
Sambil mengucapkan tahniah dalam nada perli di atas pengumuman tersebut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon kitar semula itu adalah suatu langkah tepat dan bertepatan dengan resolusi PH.
“Resolusi yg dibuat PH dalam himpunan mereka adalah resolusi yang tepat, cukup baik dan kena pada tempatnya kerana tokoh itu adalah tokoh yang cukup berjasa kepada negara selama 22 tahun.
“Dan Insyaallah jika dia diberikan tempat semula maka kesalahan-kesalahan terdahulu akan diulangi oleh beliau,” kata beliau semasa sidang media rasmi selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Pencegahan Jenayah di Menara Kembar Bank Rakyat, Selasa.
Tambah Zahid lagi, keputusan menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri itu juga memperlihat yang pembangkang tidak ada calon lain yang lebih berwibawa untuk mentadbir negara sekaligus terpaksa menggunakan perkhidmatan pemimpin vateran yang berumur lebih 90 tahun itu.
“Itu adalah satu kitar semula yang memang sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat untuk melihat bahawa tidak ada tokoh lain yang lebih layak dalam PH selain tokoh yang cukup berjasa kepada negara untuk terus melakukan kerosakan dan kebejatan kepada negara,” sindirnya lagi.
Pada Ahad baru-baru ini, pembangkang mengesahkan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri mereka dalam perhimpunan Konvensyen PH besar-besaran.
Bagaimanapun, selepas pengumuman tersebut kritikan daripada pemimpin akar umbi PH semakin kuat yang menolak pencalonan Tun Mahathir.

Sumber asal: Calonkan Tun M sebagai PM beri peluang untuk rosakkan lagi negara
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment