#UNDIROSAK, GILIRAN TUN MAHATHIR PULAK CUAK!!!

Posted by Kerah Lekung on Wednesday 24 January 2018

#UNDIROSAK, GILIRAN TUN MAHATHIR PULAK CUAK!!!.
Hah! Katanya yakin sangat boleh menang. Kononnya sebelum ini bukan main lagi dia pukul canang membuat dakwaan puak Pakatan Haprak tu mampu meraih sokongan dari kalangan rakyat.

Tapi, bila ada yang mula membantah dan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinannya serta melancarkan kempen #UndiRosak terhadap Pakatan, kenapa pulak dia nak rasa cuak?

Padahal, dia sendiri yang GAGAL nak mententeramkan pengikut - pengikut Pakatan Haprak tu dari membuat bantahan mereka secara terbuka. Sekarang, ada hati pulak dia nak tuduh orang UMNO?

Padahal, rasa kecewa dan tidak puas hati dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri memang wujud. Kenapa perkara seperti itu pulak yang sengaja nak disembunyikan dari pengetahuan umum?

Sedangkan rakyat sendiri sudah sedia maklum dengan bantahan yang dikemukakan oleh pemimpin Pakatan, terutama dikalangan pengikut - pengikut PKR terhadap dirinya selama ini.

Perkara itu kini bukan lagi menjadi menjadi satu Rahsia. Tetapi sebaliknya, ia sudah menjadi pengetahuan umum yang tersebar diseluruh pelusuk dunia. Pun dia cuba nak menafikannya?

Hakikatnya, Tun Mahathir perlu tampil secara jujur dan mengakui bahawa kehadiran dia telah membangkitkan rasa kurang senang dikalangan pengikut - pengikut Pakatan Haprak tu.

Seperti mana dia mengakui kesilapan dan kegagalan dia sewaktu menjadi Perdana Menteri dihadapan penyokong Pakatan Haprak tu sebelum ini, jadi tak salah jika dia buat benda yang sama. Tak payah la dia nak melalak dan menyalahkan orang lain tak tentu arah!!!

Sumber asal: #UNDIROSAK, GILIRAN TUN MAHATHIR PULAK CUAK!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment