Baru beberapa hari selepas kempen “#UndiRosak” dilancarkan oleh sekumpulan pengguna laman sosial, pemimpin pembangkang mula menggelabah apabila diserang dalam media sosial.
Rata-rata pengguna media sosial yang menggunakan hashtag tersebut melahirkan rasa tidak puas hati dalam isu yang melibatkan pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri pembangkang.
Dua pemimpin pembangkang yang menjadi sasaran adalah Saifuddin Abdullah dan Nurul Izzah Anwar, yang mana kedua - dua individu ini aktif dalam laman Twitter dan Facebook.
Seorang pengguna akaun Twitter, Muhammad Syafiq membalas komen Saifuddin dengan berkata, “Pilih sahaja calon lain, bukan Mahathir. Ia akan selesai isu ini.”
Nurul Izzah yang juga diberi tekanan dalam media sosial tidak tahan dan memberikan reaksi terhadap kempen tersebut dengan memuat - naikkan status dalam akaun Facebooknya.
Seorang pengguna Facebook, Suhaimi Ismail tampil membidas status yang dimuat - naikkan oleh Si Nurul Izzah di ruang komen dengan kritikan pedas sambil menyatakan kekecewaannya.
“#UndiRosak pilihan kami. YB boleh teruskan bersama mamak kutty yang zalimi bapa kamu dan rakyat. Aku hampir makan boot FRU masa sama2 protes kezaliman mamak kutty terhadap bapa kamu dahulu. Sekadar sepenggal lagi beri pada Jibby xde hal kami masih boleh bertahan kerana kami ini adalah survivor 22 tahun MAHAFIRAUN!”.
Kempen tersebut memperlihatkan manifestasi khususnya penyokong Pakatan yang kecewa dengan keputusan mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri jika memenangi PRU14.
Reaksi tersebut secara tidak lansung membuktikan bahawa wujudnya ketidak-puasan hati dikalangan penyokong Pakatan terhadap pencalonan yang dibuat sebelum ini dan menganggap seolah - olah diri mereka telah dipermainkan oleh pucuk pimpinan!!!
Sumber asal: #UNDIROSAK BUAT PKR SEMAKIN MENGGELUPOR!!!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment