Tarikh akhir permohonan BR1M khamis ini. TARIKH akhir untuk permohonan bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2018 adalah pada hari Khamis ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan orang ramai untuk segera mendaftar.
"Esok (Khamis) adalah hari terakhir permohonan #BR1M2018. Kepada yang masih belum mohon, boleh lakukan segera di mana-mana cawangan LHDN atau mohon online ebr1m.hasil.gov.my," tulis Najib menerusi akaun Twitter rasmi miliknya.
Awal tahun ini Najib yang juga merupakan menteri kewangan mengumumkan lanjutan tarikh akhir pendaftaran BR1M 2018 sehingga 25 Januari 2018.
Tarikh pembukaan pendaftaran pada awalnya ditetapkan bermula pada 27 November sehingga 31 Disember 2017.
Menteri kewangan berkata pasangan penerima BR1M sebelum ini yang telah meninggal dunia atau pemohon yang gagal atau dibatalkan kelayakan, perlu membuat permohonan baru untuk BR1M 2018.
Ketika membentangkan bajet 2018 Najib mengumumkan BR1M yang akan diberikan kepada 7 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM6.8 billion, akan diteruskan dengan pembayaran sebanyak RM1,200.
Sumber asal: Tarikh akhir permohonan BR1M khamis ini
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment