Aku rasa mat serban ni perlu letak jawatan dan bertanding dalam pilihanraya atau tutup mulut berkenaan hal-hal politik!
Haram undi DAP: Zamihan perlu muhasabah diri
MALAYSIA DATELINE - January 22, 2018 6:54 am
Koordinator Deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mahu Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin bermuhasabah diri apabila menyentuh mengenai kerjasama Pakatan Harapan dengan DAP.
“Secara peribadi saya agak keliru dengan kenyataan Zamihan yang mengatakan hukumnya haram bekerjasama dengan parti DAP kerana tidak sokong hudud.
“Pelik juga kerana parti Pas pernah bekerjasama dan amat intim dengan DAP pada suatu masa dahulu.
“Takkan Pas tak faham hukum-hakam Islam?,” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Zamihan dalam satu wawancara di sebuah portal Watan online yang dipetik berkata, haram untuk umat Islam mengundi DAP yang menolak hukum-hakam Islam kerana membantah usaha Pas meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi memberikan kuasa menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas pesalah Islam.
Kata Khairuddin lagi, ketika Pas bersama Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP hubungan dua parti itu berjalan baik.
“Tetapi bila Pas kemungkinan tertelan dedak terlalu banyak sepertimana yang didakwa oleh Datuk Husam Musa kini DAP digambarkan secara seburuk-buruknya pula?
“Untuk pengetahuan Zamihan, Umno pun tak sokong hudud. Umno hanya main wayang untuk memperbodohkan Hadi Awang (presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan Pas saja. Dia ingat Umno ikhlas nak tegakkan hukum hudud di negara kita?
“Macamana pula dengan MCA serta Gerakan yang tentang hukum hudud?
“Ini membawa erti haram juga untuk sokong BN kerana MCA serta Gerakan yang anti hudud juga adalah rakan sekutu BN.
“Bolehkah Zamihan jawab hukum bekerjasama dengan MCA dan Gerakan yang juga tidak sokong hukum hudud di negara kita?
“Kenapa dengan parti-parti seperti MCA dan Gerakan yang tolak hudud tak mahu disentuh atau dijatuhkan hukum pula oleh Zamihan,” soalnya lagi.
Zamihan sebelum ini banyak menimbulkan kontroversi daripada kenyataan yang dibuatnya.
Pada 11 Oktober lalu, Zamihan direman 3 hari di bawah Akta Hasutan selepas ceramahnya di Shah Alam mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menyelar sebuah kedai dobi di Muar melaksanakan dasar “mesra Muslim”.
Zamihan turut mempersoalkan tahap kebersihan orang bukan Islam yang mengundang kemarahan ramai.
Pada 16 Oktober lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik tauliah Zamihan untuk mengajar agama kerana isi kandungan ceramahnya disifatkan “rasis” dan “kurang beradab”.

Sumber asal: “Takkan Pas tak faham hukum-hakam Islam?,”
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment