Sidang Parlimen terakhir sebelum PRU14 mula 5 Mac

Posted by Kerah Lekung on Wednesday, 17 January 2018

Sidang Parlimen terakhir sebelum PRU14 mula 5 Mac.
Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen ke-13 tahun 2018 dijadualkan bersidang selama 20 hari bermula 5 Mac hingga 5 April, demikian menurut seorang wakil rakyat.

Anggota Parlimen Sekijang, Anuar Abd Manap berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Parlimen hari ini.

Persidangan itu akan dirasmikan pada 5 Mac nanti, katanya kepada Bernama.

Beliau menjangkakan persidangan kali ini merupakan yang terakhir sebelum pilihan raya umum dan yakin ia akan digunakan sepenuhnya oleh anggota parlimen untuk mengetengahkan isu-isu semasa termasuk persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Sumber asal: Sidang Parlimen terakhir sebelum PRU14 mula 5 Mac

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment