5 Parlimen 'VIP' di Pahang - apakah kesan domino bakal melanda BN?
Adrian Wong - Hari ini, 5:47 pm
LAPORAN KHAS l Dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang bakal menjelang, sejumlah kerusi Parlimen marjinal di bahagian barat Pahang akan menentukan nasib pemimpin utama parti pemerintah dan juga pembangkang.
"Kawasan VIP Pahang" ini dijangka menyajikan pertembungan paling sengit di Semenanjung. Ia merangkumi lima kerusi parlimen - Cameron Highlands, Raub, Temerloh, Bentong dan Bera - yang terletak di pinggir banjaran Titiwangsa.
Begitu sengit sehinggakan kerusi boleh bertukar pihak dengan hanya perubahan lima peratus undi. Malah beberapa di antaranya yang hanya dimenangi dengan kelebihan ratusan undi pada PRU lalu.
Daripada Cameron Highlands sampai ke Bera, kawasan VIP ini menyaksikan nama besar sama ada penyandang mahupun pencabar.
Antaranya anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, naib presidennya Datin Paduka Chew Mewi Fun, dan Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah.
Ismail Sabri dan Liow memegang jawatan menteri kabinet, iaitu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan Menteri Pengangkutan.
Dari segi geografi, kawasan-kawasan ini memakan masa perjalanan antara satu hingga tiga jam dari Kuala Lumpur. Tidak sedikit pengundi di situ yang bekerja di ibu kota.
Jika pembangkang mendapat momentum pada PRU ke-14, ia boleh mencetuskan kesan domino terhadap BN di kawasan VIP di Pahang, negeri yang sekian lama menjadi pendukung kuat BN (dahulunya Perikatan) sejak PRU pertama dan negeri kelahiran dua perdana menteri - Tun Abdul Razak Hussein dan anaknya, Datuk Seri Najib Razak.
Negeri paling besar di Semenanjung, Pahang memiliki kawasan hutan dan pergunungan yang luas. Ketika Parti Komunis Malaya (PKM) bergerak secara bawah tanah, negeri ini menjadi antara pengkalan utamanya.
PKM menubuhkan Regimen ke-10, yang dianggotai orang Melayu, di Temerloh. Dari satu sudut, ia boleh dilihat sebagai permulaan benih penentangan di negeri itu.
Bagaimanapun, pembangkang tidak akan dengan mudah mewujudkan kesan domino itu.
Ada 14 kerusi Parlimen di Pahang. Pada PRU ke-13, Umno menang di lapan kerusi, manakala MCA dan MIC masing-masing satu kerusi. Di pihak pembangkang, PKR mendapat dua kerusi, dan DAP serta PAS satu kerusi.
Majoriti kurang 500 pada PRU ke-13
Ketika itu, BN menang di Cameron Highlands dan Bentong dengan majoriti kurang 500 undi.
Di Cameron Highlands, pertembungan lima penjuru menyaksikan bekas Presiden MIC Tan Sri G Palanivel menewaskan calon DAP M Manogaran dengan kelebihan 462 undi.
Pada PRU ke-14, kawasan parlimen itu turut dijangka menyaksikan pertembungan banyak penjuru, dengan beberapa parti pembangkang telah menyatakan hasrat untuk bertanding.
MIC kemungkinan besar akan mencalonkan ketua pemudanya Sivarraajh Chandran selepas Palanivel digugurkan ekoran tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam parti. Sebuah lagi parti komponen BN, Parti Progresif Penduduk (MyPPP) yang diketuai Datuk Seri M Kayveas turut mensasarkan kerusi itu.
Di pihak pembangkang pula, DAP dijangka sekali lagi mencalonkan Manogaran, manakala Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyatakan akan meletakkan penyelaras Biro Orang Asli Suresh Kumar untuk bertanding di sana.
Cameron Highlands memiliki 12 peratus pengundi India dan 20 peratus pengundi Orang Asal, dan bakinya pengundi Melayu dan Cina.
Jika berlakunya pertembungan banyak penjuru, tiada pihak yang boleh diramalkan akan muncul sebagai pemenang.
Siapa bakal 'Musang King' Raub?
Raub satu ketika dulu adalah kubu kuat MCA. Menjelang PRU ke-13, bekas Ketua Wanita MCA Tan Sri Ng Yen Yen yang sudah tiga penggal menjadi anggota parlimen di situ digugurkan, dan digantikan dengan bekas exco kanan Pahang Datul Hoh Khai Mun.
"Tsunami Cina" berlaku, dan calon DAP Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz, atau Sakmongol AK47, menang di situ dengan majoriti 2,814 undi.
Namun Ariff (gambar) kemungkinan besar tidak akan mempertahankan kerusinya selepas diserang stroke pada tahun lalu. Sejak itu, Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah aktif di kawasan itu.
Leong yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata dijangka akan berhadapan Chew Mei Fun, bekas timbalan Menteri Wanita, Keluaga dan Pembangunan Masyarakat.
Pada 2010, Chew berikrar untuk meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan jika Datuk Seri Chua Soi Lek menjadi presiden MCA. Justeru beliau tidak bertanding pada PRU lalu.
Beliau kembali aktif dalam politik selepas Datuk Seri Liow Tiong Lai menggantikan Chua. Sejak itu, beliau aktif di Raub dan berazam untuk mengembalikan kawasan parlimen itu kepada MCA.
Bentong: Pertarungan hidup mati MCA
Liow sudah menjadi anggota parlimen Bentong hampir 20 tahun, iaitu sejak 1999. Namun pada PRU lalu, presiden MCA itu mempertahankan kerusi tersebut dengan hanya kelebihan 379 undi, berhadapan aktivis alam sekitar Wong Tack.
Ekoran kekalahan tipis itu, Wong Tack dijangka akan kembali bertanding di situ.
Kawasan parlimen ini memiliki 45 peratus pengundi Melayu, 44 peratus pengundi Cina dan sembilan peratus India. Kunci utama untuk Liow kekal di sini bukan sahaja bergantung kepada peralihan sokongan di kalangan pengundi Cina, tetapi juga sama ada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob akan bertanding pada PRU ke-14.
Antara empat kerusi DUN dalam Parlimen Bentong, BN hanya menang di Pelangai yang dipegang Adnan.
Sudah muncul khabar angin mengatakan Datuk Seri Najib Razak mahu menyingkirkan Adnan, dan beliau sendiri tidak menolak kemungkinan akan bersara sebelum pilihan raya ini.
Jika ia berlaku, Liow kehilangan calon menteri besar untuk berkempen bagi pihaknya dan justeru kemungkinan besar akan hilang undi Melayu.
Mampukah PAS pertahan Temerloh?
Berbanding dengan kawasan barat Pahang, Temerloh dan Bera terletak di tengah-tengah semenanjung dan memiliki landskap politik berbeza.
Temerloh, satu-satunya kerusi Parlimen yang dimenangi PAS pada pilihan raya lalu, mempunyai 64 peratus pengundi Melayu, 24 peratus pengundi Cina dan sembilan peratus pengundi India.
Berkat gelombang "ini kalilah" Pakatan Rakyat pada PRU lalu, Nasrudin Hassan menewaskan timbalan menteri pengajian tinggi ketika itu Datuk Saifuddin Abdullah yang popular, dengan perbezaan undi 1,070, atau 1.8 peratus.
Kini PAS tidak lagi bekerjasama dengan PKR dan DAP, dan hampir mustahil untuk mengekalkan sejumlah besar undi bukan Melayu yang berpihak kepada Nasrudin dulu.
Nasrudin dikatakan akan meninggalkan Temerloh untuk bertanding di kerusi yang lebih selamat di Kelantan atau Terengganu. Namun beliau berkata, terpulang kepada kepimpinan partinya untuk memutuskan sama ada beliau akan kekal atau sebaliknya.
Malaysiakini difahamkan yang calon utama yang mungkin menggantikan Nasrudin adalah Yang Dipertua PAS Temerloh Jusoh Darus, yang bakal dicabar Syed Hamid Syed Mohamed dari Parti Amanah Negara (AMANAH).
Dengan kemungkinan pertembungan tiga penjuru di Temerloh, kelebihan pastinya dimiliki BN untuk kembali merampas kerusi itu.
Felda penentu di Bera
Bagi kawasan Parlimen Bera, penyandangnya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak pernah kalah sejak kawasan parlimen itu diwujudkan pada 1999.
Pada PRU lalu, beliau menang dengan majoriti 2,143 undi. Segalanya kelihatan baik buat Ismail, namun pengamatan lebih terperinci menunjukkan keadaan yang berbeza.
Pada PRU lalu, menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu mendapat hanya 50.6 peratus daripada jumlah keseluruhan undi, hanya lebih sedikit daripada calon PKR Zakaria Abdul Hamid yang mendapat 45.5 peratus undi dalam pertembungan tiga penjuru.
Faktor penentu bagi kerusi parlimen ini adalah peneroka Felda. Bera merangkumi 14 Felda, yang mewakili kira-kira 45 peratus pengundi. Pada PRU lalu, Ismail menang hampir 70 peratus undi Felda.
Namun, analisis Malaysiakini menunjukkan jika 10 peratus pengundi Felda dan lima peratus pengundi bukan Felda mengalihkan sokongan mereka, BN akan tewas di 10 kawasan Parlimen dan salah satunya adalah Bera.
Ia menjelaskan mengapa HARAPAN bersungguh-sungguh untuk menembusi kawasan Felda. Kunjungan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad ke Bera tahun lalu menarik 6,000 untuk hadir ke ceramah parti itu.
Cabaran lain buat Ismail mungkin datang dari dalam partinya sendiri.
Ada tiga kerusi DUN di bawah Bera - Teriang (dimenangi DAP), Guai (Umno) dan Kemayan (Umno). Bukan lagi rahsia yang Ismail bertelagah dengan dua ADUN Umno itu.
Dengan skandal demi skandal yang melanda Felda beberapa tahun kebelakangan, ditambah dengan usaha HARAPAN berkempen di kawasan Felda, tentulah pukulan yang besar buat Umno jika Ismail selaku pemimpin kanan parti itu tewas pada PRU yang bakal menjelang.
Pada masa sama ada pertambahan 1,234 pengundi tentera di Bera dalam PRU ke-14, yang telah mengundang kritikan pembangkang yang mendakwanya sebagai langkah untuk menjamin kemenangan Sabri.
Selamatkah gudang undi BN?
Selaku negeri kelahiran Najib dan gudang undi BN untuk sekian lama, moral BN akan merosot teruk jika beberapa menteri tewas di Pahang pada PRU ke-14.
Kekalahan mereka akan melemahkan lagi kedudukan parti mereka sebagai komponen dalam BN, dan malah boleh mencetuskan perebutan kuasa dalaman.
Tambahan pula, tentulah satu keaiban buat Najib jika kampung halamannya sendiri dilanda badai. Ia boleh memberi peluang kepada pihak dalaman Umno yang mahu mencabarnya untuk terus menambah tekanan.
Namun, faktor PAS mungkin dapat membantu BN.
Pada PRU lalu, PAS bertanding di enam kerusi Parlimen dan 21 kerusi DUN di Pahang - menjadikannya parti pembangkang yang bertanding paling banyak kerusi di negeri itu.
Walaupun PAS hanya menang satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN, parti itu memiliki akar umbi yang kuat dan tersusun, ditambah pula dengan Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengetuai perlawanan PAS di negeri itu.
Memandangkan pertembungan tiga penjuru tidak dapat dielakkan lagi pada PRU ke-14, nasib BN dan HARAPAN di Pahang mungkin akan ditentukan oleh PAS.

Sumber asal: PRU 14: Analisa nasib "kawasan-kawasan VIP" di Pahang?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment