Pelakon Usop Wilcha umum mahu bantu PH dalam PRU14

Posted by Kerah Lekung on Thursday 25 January 2018

Pelakon Usop Wilcha umum mahu bantu PH dalam PRU14. WATAK popular dalam filem Zombi Kampung Pisang, Usop Wilcha atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri, mengumumkan akan membantu Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Usop Wilcha

Menerusi akaun Twitter miliknya Usop membayangkan bahawa pengakuan Perdana Menteri tentang kegagalan 1MDB punca beliau mengambil keputusan untuk menyokong Pakatan Harapan.

"Dengan pengakuan kegagalan 1MDB, saya juga buat pengakuan terbuka Insyaallah akan membantu PH untuk pru14 ini. Pada kenalan rapat saya dalam BN, saya mohon maaf sebagai individu, tapi sebagai rakyat saya tak perlu minta maaf," tulisnya.

Usop Wilcha Twitter
Dalam tulisan sebelum itu, Usop merasa terlalu kerap diperbodohkan oleh kenyataan yang tak masuk akal berhubung isu 1MDB.

"Bagi saya sepatutnya lagi awal pengakuan kegagalan ini dinyatakan dan tindakan susulan dijalankan secepat mungkin. Mungkin saya masih sokong kuat kerajaan dan akan mempertahankannya, tapi sayang bila dah kerap saya diperbodohkan dengan kenyataan tak masuk akal, satu undi saya telah tiada bagi BN. Sorry ye bos-bos" tulisnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiga hari lalu dilapor mengakui kegagalan 1MDB, dan ada "sebab sah untuk bimbang" mengenai hal ehwal syarikat milik Kementerian Kewangan itu sehingga siasatan dijalankan di beberapa negara lain.

"Sekarang, saya tidak akan menafikan isu ini. Memang berlaku kegagalan dalam syarikat itu, kelemahan tadbir urus," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin pada persidangan Invest Malaysia 2018.

Sumber asal: Pelakon Usop Wilcha umum mahu bantu PH dalam PRU14

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment