Meskipun tidak menyebut nama pelakon berkenaan dalam laporan itu, portal tersebut meletakkan gambar Farid Kamil sedang duduk dalam keadaan tangannya ke belakang dipercayai sedang bergari.
Berdasarkan siasatan awal, pelakon itu difahamkan datang ke balai polis untuk membuat laporan tentang satu kes kemalangan jalan raya.
Namun selepas anggota polis bertugas bertanya tentang laporan polis yang ingin dibuat, pelakon itu menunjukkan mesej aplikasi WhatsApp "300 artis hutang Ah Long" lapor Harian Metro memetik kenyataan ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohd Zani Che Din.
Selain menampar anggota polis bertugas, di Kaunter Balai Polis Trafik Kota Damansara, pelakon dan pengarah berusia 37 tahun itu turut menendang dua orang awam dalam balai berkenaan.
Susulan kejadian itu, suspek kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 90, Akta Polis 1967 dan Seksyen 323 kerana mencederakan.
Sumber asal: Pelakon Farid Kamil lempang polis, tendang orang awam dalam balai polis
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment