Makin Berumur Makin Menjadi Tingkah Laku kata Katanya....Sedar Lah

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 25 January 2018

Makin Berumur Makin Menjadi Tingkah Laku kata Katanya....Sedar Lah.
HARI tu Mahathir suruh Datuk Sri Najib Tun Razak tengok cermin bila bercakap tentang sistem perkhidmatan pengangkutan awam di zamannya yang bukan sahaja lingkup semua sekali sehingga terpaksa dibail out oleh kerajaan, tapi turut gagal menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas yang teruk di KL pada waktu itu. Hanya nak bagi kroni kenyang saja.

Najib cakap itu betul. Penulis masih ingat, ketika LRT dilancarkan tahun 90-an dulu, sebulan saja jalan KL yang berkurang jem – itupun sebab Mahathir bagi naik percuma sebulan itu. Lepas sebulan, dah macam biasa balik. Berjaya apa khinzir macam itu? Sistem pengangkutan awam di Sabah Sarawak, serupa hancur – kalau tak dipinggirkan. Zaman Najib inilah baru orang Malaysia Timur sana nak merasa lebuhraya pun, percuma pulak tu.

Balik pada cerita hari ini. Tuhan nak tunjuk punya pasal, patutnya tiba giliran Najib pulak suruh Mahathir tengok cermin bila si tua kutuk itu berkata seseorang yang memegang jawatan Perdana Menteri lama, cenderung (ambil) rasuah. Tua kutuk ni lupa ke dia jadi Perdana Menteri 22 tahun, bukan 2 tahun!!

Alah, Paklah yang jadi PM 5 tahun tu pun Mahathir tuduh korup jugak dan diminta letak jawatan. .Dulu Mahathir nak justify kenapa jadi PM sampai 22 tahun, dia kata tak cukup masa untuk laksana semua dalam kepala dia. Itu bila bercakap pasal dialah. Kena orang lain, semuanya yang rasuah.

Begitulah sudahnya Mahathir, makin lama cakapnya makin merapu. Pakatan silap-silap dah mula terfikir calon salah orang untuk jadi PM mereka. Mahathir bukan sekadar tua tapi dia dah macam orang gila. Apa dia cakap, apa dia buat sejak diumum calon PM Pakatan ni, semua kena kat muka dia balik. Pakatan sekali terpalitlah tu.

Tubuh badan mungkin nampak sihatlah tapi mental belum tau. – MYKMU

Sumber asal: Makin Berumur Makin Menjadi Tingkah Laku kata Katanya....Sedar Lah

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment