MAK LAMPIR NAFI AZMIN CUBA JADI PENGKHIANAT!!!

Posted by Kerah Lekung on Monday, 22 January 2018

MAK LAMPIR NAFI AZMIN CUBA JADI PENGKHIANAT!!!.
Kot sebelum ini pun, alasan yang sama juga diberikan. Tapi akhirnya, Si Azmin Ali tu berpakat jugak dengan PAS untuk merampas jawatan Menteri Besar Selangor dari Wan Azizah.

Malah, apabila Pakatan memutuskan hubungan kerjasama Politik dengan PAS, Si Azmin Ali tu juga yang sibuk mempertahankan kewujudan PAS dalam Rejim Pakatan pimpinannya sebagai membalas jasa.

Makanya, tak hairan la jika ada dikalangan masyarakat yang mendakwa kononnya wujud hubungan sulit diantara PKR Selangor dengan PAS kerana Pengkhianatan yang telah dilakukan.

Namun, Si Mak Lampir tu untuk sekian kalinya cuba mempertahankan Azmin dengan memberikan alasan kononnya mereka tidak mengadakan sebarang rundingan agihan kerusi dengan PAS.

Kenyataan itu dibuat bagi mengulas desas-desus bahawa wujud usaha Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berbincang dengan PAS sehingga menjejaskan pengagihan kerusi di Selangor.

Si Mak Lampir yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang itu berkata, sehingga kini Pakatan Haprak Selangor sudah mengadakan enam mesyuarat rasmi berhubung agihan kerusi.

Menurutnya, dua mesyuarat berkenaan adalah mesyuarat majlis kepimpinan Pakatan Selangor yang dipengerusikan oleh Azmin, sementara empat mesyuarat yang lain dipengerusikan pengarah Pilihan Raya Pakatan Selangor Dr Xavier Jeyakumar.

Ditanya jika Azmin akan mengadakan mesyuarat membincangkan rundingan kerusi bagi menyelesaikan masalah itu hujung bulan ini, Si Mak Lampir itu hanya berkata: “InsyaAllah”.

Diminta mengulas dakwaan bahawa PKR berhasrat bertanding di kerusi PAS dan UMNO yang turut dihajati PAN dan PPBM, Mak Lampir itu berkata perkara itu berdasarkan “keupayaan untuk menang”.

PAS dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan PKR di Selangor. Meskipun PAS telah memutuskan hubungan dengan PKR tahun lalu, PAS masih menjadi sebahagian Rejim Pakatan Selangor.

Tindakan bagi mengekalkan PAS itu telah menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pemimpin DAPigs serta PAN yang telah membuat bantahan secara terbuka. Namun ianya tidak diendahkan oleh Azmin sehingga menyebabkan dia dilabel sebagai Pengkhianat!!

Sumber asal: MAK LAMPIR NAFI AZMIN CUBA JADI PENGKHIANAT!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment