Lebih Ramai Graduan Tidak Ada Kerja - Mahathir vs Najib

Posted by Kerah Lekung on Thursday 25 January 2018

Lebih Ramai Graduan Tidak Ada Kerja - Mahathir vs Najib.

Dalam Policy Talk yang dibuat Mahathir pada 17 Januari 2018 di Facebook Live, Mahathir kata bajet pendidikan dipotong. Tuduhan ini tidak benar. 

Dalam Bajet 2018, peruntukan untuk Kementerian Pengajian Tinggi meningkat 13.15%. Dalam bajet 2017 diperuntuk sejumlah RM12.28 billion, kemudian dalam Bajet 2018 ditambah lagi menjadi RM13.89 billion. Naik RM1.61 billion. 

Jadi dakwaan Mahathir tidak benar sama sekali. Kemudian Mahathir tuduh lagi graduan negara ini gagal kerana ramai yang jual nasi lemak dan memandu Grab atau Uber.

Perlu diingat, zaman Mahathir tidak ada lagi aplikasi Grab. Tidak ada lagi "smartphone". Simkad telefon pun mahal, harganya RM250. Sekarang hanya RM10. Internet pun tidak laju di zaman Mahathir.

Zaman sekarang, orang bukan sahaja jual nasi lemak di tepi jalan, tetapi mereka yang jual nasi lemak ini sudah promosikan nasi lemak mereka secara online. Pasaran mereka lebih luas. Bayar pakai AliPay sahaja.

Lihat baru baru ini, orang jual minyak kelapa dara menang rancangan CEO Desa dan dapat geran sejuta. Zaman Mahathir mana ada orang jual minyak kelapa dapat sampai sejuta. Tidak ada. Yang ada adalah Menteri Besar yang Mahathir lantik, kemudian seronok tanam padi atas bumbung dan buat pertandingan cabut uban. 

Berapa ramai graduan di zaman Mahathir berjaya kerana tanam padi atas bumbung dan cabut uban? Tidak ada. 

Zaman Mahathir ada tujuh universiti sahaja. Mahathir tidak minat pun hendak bagi graduan kerja pada waktu krisis ekonomi 1998. Mahathir sibuk kayakan kroni dia sahaja. Buktinya, tahun 2003 lihat sendirilah siapa yang paling kaya di Malaysia sebelum Mahathir letak jawatan. 

Pada zaman Mahathir, kadar pengangguran begitu tinggi. Kemelesetan ekonomi berlaku dengan teruk. Banyak kilang kena tutup. Ringgit susut nilai 66.7%. MAS berhutang sampai RM9 billion, syarikat besar gulung tikar dan bank digabungkan dari 58 menjadi 10 sahaja. 

Berbeza dengan zaman Najib, situasi seperti itu tidak berlaku. Bloomberg iktiraf Malaysia, di kedudukan kelima sebagai lokasi pasaran baru yang menarik di dunia bagi tahun 2018. Ringgit kembali positif dan tidak perlu ditambat. 

Ketika bulan November tahun lepas, Najib berjaya merekodkan kadar pengangguran paling rendah dalam sejarah negara iaitu 2.7 peratus. Zaman Mahathir merekodkan kadar pengangguran paling tinggi dalam sejarah iaitu 4.5 peratus.

Jadi, masa Mahathir lebih ramai graduan yang tidak dapat kerja berbanding zaman sekarang. Peluang tidak banyak dibuka pada graduan pada zaman Mahathir. Masa ada baucer buku RM250 lagi pada zaman Mahathir. 

BR1M pun tidak ada lagi dulu. Berbeza dengan zaman Najib, pada pembentangan Bajet 2018 pada Oktober lepas, sebanyak RM3.5 bilion diperuntukkan untuk memperkasa Bumiputera menjadi agenda nasional.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika itu mengumumkan sebanyak RM555 juta disediakan untuk program peningkatan keusawahanan Bumiputera yang terdiri daripada Program Keusahawanan dan Premis Perniagaan (PUNB) sebanyak RM200 juta, Program Pembangunan Keusahawanan MARA sebanyak RM200 juta dan RM155 juta untuk program kapasiti vendor, Tunas Usahawan Belia (TUBE), Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) dan Skim Anjakan Usahawan.

Peluang berniaga lebih banyak dibuka kepada orang muda di zaman Najib. Zaman dulu, peluang hanya dibuka pada kroni Mahathir sahaja. Diam diam anak dia jadi antara orang paling kaya di Malaysia. 

Zaman Mahathir, syarat pinjaman ketat dan belum banyak insentif perniagaan disediakan untuk orang muda. Di zaman Najib ada Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M), Skim Pengurusan Kebolehpasaran Siswazah (GEMS) oleh Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) agar graduan dilatih untuk mendapat pekerjaaan yang sesuai. 

Semalam, Syed Saddiq kena "troll" teruk di twitternya kerana kes berita palsu kadar pinjaman MARA naik dari RM100 ke RM700. Teruk Saddiq kena, tidak menjawab langsung. Lain kali janganlah buat cerita bohong lagi. 

Semata mata hendak bagi orang muda marah, kena buat cerita macam itu. Buat cerita bajet pendidikan kena potong, reka cerita ramai menggangur sekarang dan kononnya negara ini gagal kerana ada orang jual nasi lemak dan pandu grab. 

Graduan, orang muda dan golongan belia di negara ini kena buka mata luas luas. Peluang banyak di depan mata di zaman Najib. Rebut dan usahakan peluang ini.

Orang Bangla yang datang sehelai sepinggang pun boleh hidup senang di Malaysia, inikan pula graduan yang keluar universiti. Jangan mudah termakan cerita palsu pembangkang, kemudian jadi malas berusaha dan asyik menyalahkan orang lain. 

Jangan jadi begitu, berusahalah. Peluang terlalu banyak sediakan di zaman sekarang. Antara mahu dan tidak sahaja. 

K7L : Tak cari mana nak datang kerjanya...
Sumber asal: Lebih Ramai Graduan Tidak Ada Kerja - Mahathir vs Najib

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment