Minggu lepas, Pakatan Haprak tu tampil dengan kontroversi berkaitan penghinaan terhadap Institusi Raja Melayu apabila video Mahfuz Bean berceramah di Bukit Gantang tersebar.
Dalam video ceramah yang disiarkan secara 'Live' melalui Facebook PAN Bukit Gantang itu, Mahfuz Bean secara terbuka memberikan gambaran buruk tentang keadaan kesihatan Sultan Pahang.
Secara tidak lansung, tindakan itu membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak pada ketika ini bukan sahaja ketandusan idea, malah mereka juga sudah terjerat dalam isu berkaitan calon Perdana Menteri.
Pada asalnya, dalam ceramah tersebut, Si Mahfuz Bean tu cuba nak mempertahankan keputusan Pakatan yang mengumumkan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Haprak.
Kata Si Mahfuz Bean, dia hanya menjawab soalan yang diajukan oleh pihak media berhubung faktor usia Tun Mahathir yang kini mencecah 93 tahun untuk menjadi Perdana Menteri.
Soalnya bukan sebab faktor usia sahaja yang menjadi isu dikalangan puak Pakatan Haprak tu pada ketika ini. Tetapi sebaliknya, pemilihan Tun Mahathir itu sendiri yang menjadi tanda tanya.
Bagi mereka yang membantah, pencalonan Tun Mahathir itu dilihat seperti tidak masuk akal dan memberikan gambaran seolah - olah Pakatan Haprak itu sudah ketandusan pemimpin.
Apakah tidak ada orang muda yang lebih layak untuk menjadi calon Perdana Menteri mereka? Kenapa mereka tetap memilih Tun Mahathir yang berusia 93 tahun itu sebagai calon?
Itu persoalan yang dibangkitkan. Namun, disebabkan Si Mahfuz Bean tu memang terkenal sebagai seorang pemimpin hanya sekadar LULUS SRP, maka tercetus la kontroversi sedemikian rupa.
Sepatutnya, puak Pakatan Haprak tu tampil dengan penjelasan berhubung isu pencalonan yang telah dibuat. Mereka perlu memberikan penerangan terhadap isu tersebut kepada rakyat.
Tapi malangnya, sehingga ke hari ini, puak Pakatan Haprak tu GAGAL untuk memberikan penjelasan, apatah lagi memberikan justifikasi terhadap keputusan yang telah dibuat dan itu yang membuatkan diorang berada dalam keadaan tertekan!!!
Sumber asal: BUKTI PAKATAN "TERJERAT" ISU CALON PM!!!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment